nuffnang

Wednesday, August 12, 2015

LIYANA ZAHIM BLOGGER KERTU


Assalamualaikum.
Nak update blog ni pun rasa malu siot.
Tapi apesal eh aku berasa lebih muda apabila menaip blog ini? Ini sungguh aneh.
Bagai sirih pulang ke gagang,
Sejauh bangau terbang akhirnya hinggap jugak di belakang kerbau.
Apa aku merepek ni hoi!

Banyak benda dah aku tak pernah update dari dulu kat blog ni. Sayang, sayang.
Kisah-kisah manis pahit pekik perit tahun lepas tu dulu ada jugaklah aku niat-niat nak update kat blog ni tapi biasalah aku sebagai manusia yang alpa dan ada waktu hilang ingatan ini. Maafkan sayer.

2015 dah jauh pun tinggalkan kita. Aku still tak ada novel untuk tahun lepas dan tahun ni which makes me completely depressed! Haha rumah aku ni baru dapat line internet yang mana sebelum ini aku cari line terpaksa panjat bukit. Jangan tanyalah aku duduk kat mana kerana itu adalah rahsia. Kikiki.

Mana kawan-kawan blogger yang dulu tu tinggalkan url blog korang wei aku dah tak ingat langsung dah. Haaa... Aku sekarang dah tua weh. Baca older post tu rasa macam sedih betul meninggalkan zaman muda remaja yang best itu. 

Tapi masa sekarang pun hidup aku best jugak. Syukurlah. Cuma within few years aku lap lip lap ni entah apa aku buat pun aku tak sedar. Takleh recall lah. See, obviously aku memang hilang ingatan. Hahaha!

Anyway, tolong doakan aku dapat siapkan novel kelima ni. Storyline kemain dah list down bersepah-sepah tapi nak translate dalam tulisan tu macam ada hantu dengan black magic aje yang kawal. 

Anyway, thanks for reading. Aku nak tulis panjang pon take idea. Insyaallah aku akan kembali berblogging dengan rajin dan jitunya lepas ni. Maka dapatlah aku mengarut dan mencarut lagi dengan bebasnya kat sini yeppa! I love you guys! Takkan padam, takkan hilang selamanye tau!

Last word, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin!

P/S: Weh, Wordless Wednesday tu ada lagi ke eh? Kalau ada senang kerja aku. Haahahah.

5 comments:

MizzTina said...

wordless wednesday mcm xwujud dh..wakaka.. ok, moga novel kelima awk cepat siap.. selamat hari raya yana...

Your Die Hard Fan said...

all the best untuk novel ke-5 yeay... semoga meletup2 jugak macam rindu awak 100% tu.. kihkih

Unknown said...

wahhh lamanya baru muncul balik. ni bukan tenggelam timbul dah. hehe.

cepat2 siapkan yg number 5 tuuu. :D

psstt selamat hari raya jugak

safurara said...

Lama gila x melawat adik akk ni.ngat lg x kat rara.

HeNRieTTa JoSe said...

novel baru...yeyyy....