Assalamualaikum..
Orang dewasa seharusnya bijak membahagikan masa..
Nak dekat 4 tahun aku blogging macam orang gila..
Kini tibalah masanya 4 tahun tu diredeem dengan membiarkan blog ni tak update langsung sejak Januari..
Intro aku dari dulu memang takde kena mengena..
Obviously sekarang life dah tak macam dulu.. Time study ada banyak masa nak berpoye-poye, pergi CC main Facebook, blogwalking, siap reunion blogger lagi kan walaupun assignment berpending-pending.. Walhal aku sekalipun tak pernah join secret rendezvous blogger blogger ni kerana aku adalah anti-social.. Lol-
Alhamdulillah..
Rezeki ALLAH bagi bertambah-tambah..
Walaupun tak mampu lagi aku nak beli Range Rover Evoque dengan Semi D tu..
Halahh halahhh...
Best thing happened tahun ni adalah salah satu novel aku akhirnya berjaya diadaptasi jadi drama..
Syukur, Alhamdulillah sebab semua urusan dipermudahkan.. Thank you untuk doa-doa kawan-kawan blogger.. Yang still in touch dengan aku pun ramai sangat.. Thank you thank you! Sayang kawan-kawan blogger ittew..
In term of kerjasama dengan Creative Skill Solution and production team yang lain termasuk pelakon-pelakon tak lupa Karangkraf and TV3.. They are one of the best things happened in my life-
ALLAH aje tahu jatuh bangun selama 4 tahun menulis ni macam mana.. Well setiap bahagian kehidupan mesti ada ups and downs.. Benda-benda tulah yang buat kau survive sampai sekarang..
And another best thing is about to happen is....
KAHWIN!
*Ultimate goal yeah*
Pre-Wed pic yang random kot
InsyaALLAH lepas kahwin aku duduk rumah aje menulis buku sampai bengkak..
Jadi isteri solehah pagi-pagi sidai baju, pergi pasar, mop lantai lepas tu tido tunggu suami balik kerja..
Nikmat jugak jadi freelancer..
*Boleh tido bila-bila masa*
Next plan..
Siapkan novel ke 5..
Hopefully ALLAH bagi ilham banyak lagi untuk menulis..
Rasanya this time lil bit harder kot..
Sebab I'm writing about...
Violist and Dentist..
In fact dah halfway tulis pasal arkitek tapi terlupa aku dah tulis banyak pasal arkitek.. So berbab-bab kena delete nak betulkan semua sekali.. Adoi..
Tapi apasal macam susah aje nak cari chemistry dua orang ni?
Mungkin sebab idea asal idea dari Hafiedaniel aka future housemate ni.. Jadi macam susah sikit nak realisasikan.. Royalti awak saya bagi 2 percent aje boleh? Bahahaha!
Rasanya tahun ni macam tak sempat nak keluar novel..
InsyaALLAH dah macam elok manuskrip tu aku post kat Portal Ilham ye..
Sekarang ni bila baca-baca balik every chapter rasa nak lempang muka sendiri je..
Jangan lupa tengok Rindu Awak 200%
Isnin-Khamis, Slot Akasia,
TV3!
Tunggu next announcement untuk sesi bertemu Armel Aisya dengan Zill Faezrul tak lama lagi tau!
Last words, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!
Love you to the moon and back..
Till we meet again!
Wassalam-



16 comments:
kadang2 tgk gak citer ni...kadang2 tak tengok... balik keje lambat..hehe
Good luck liyana zahim
wah bestnya....slmt menyiapkn novel kelima
Tahniah....sebab novel dah diadabtasi,..tumpang bangga...
Tahniah kagi....sebab bakal jadi isteri dan mak orang...
Alway support u....always ur big fan...kipas susah mati nie...
PS...xsabar tunggu novel bru...
nice novel...keep it up liyana....dah baca for the second time...he3
Kakak Liyana selamat menenikah ye! Semoga jadi isteri dan suri rumah tangga terhebat tapi pada masa yang sama jangan gigih buat taik mata bila suami gi kerje. Siapkan mss ke 5 tu!
tahniah yana... teruskan usaha untuk terus maju di masa hadapan... kitorg sbg kawan2 dan sahabat sentiasa mendoakan yang terbaik utk anda.. :)
go kakak liyana~! Congrats for the successful journey. Alhamdulillah. Da nak kawen da kakak novelis ni. =) kirim slm incik tunang. Tak sangka da lama juga kita kenal di alam blogging ni. hehe. congrats once again.
menyinggah sini nak kenal penulis novel..hehe..dah nk kawen rupanya..tahniah...
Liyana .. best cerita ni, terima kasih kerana hasilkan sebuah novel romantis yang cukup best.
Makin ramai dah yang suka drama Rindu Awak 200% ni...
www.hasrulhassan.com
selamat kahwin liyana! semoga sukses untuk novel ke 5 tu!
tahniah lah LZ..bila tgk nama LZ kt tv tu trus ingt yg LZ pernah komen kt blog kite dulu2..bangganya hehehe...semoga semakin berjaya
terbaik laa, LZ..
smoga dipermudahkan sgala urusan ^^
selamat menjadi isteri yg solehah
♥♥♥
Sorry just had to - lintah in English is leech not linch. Anyway all the best to you. InshaAllah.
Post a Comment