nuffnang

Friday, August 14, 2015

RESEPI BAKSO




Assalamualaikum...
Hari tu kan Kakak Liyana balik Pahang, Kakak Liyana telah memanfaatkan waktu dengan belajar memasak.
Dulu time belum kahwin rajin jugaklah aku pergi kelas memasak tapi lepas kahwin ni aku reka resepi sendiri aje.
So, Kakak Liyana nak share resepi untuk manfaat sejagat.
Lama-lama tak berblog tetiba pulak share resepi. Hahaha.

Nah!

Bahan-bahannya adalah:

1. Bebola daging 
2. Tulang lembu/daging lembu
3. Buah keras separuh aje
4. Buah pala serpih sikit je.
5. Bawang rose which is bawang merah yang kecik tu. (Kuantiti ikut suka. Tapi memang banyaklah kalau aku masak. Sebab lagi banyak lagi sedap)
6. Bawang putih satu labu
7. Sup bunjut (Kalau takde boleh masuk serbuk sup)




Cara-cara masaknye:

1. Tumbuk bawang putih, merah, buah keras dengan buah pala sekali. Takyah lumat sangat bermakna toksahlah kau yoyo menumbuk sampai lumat gile. Tapi janganlah pulak macam boleh tampal selimut.  Jas nais orang jawa cakap.

2. Daging lembu dengan tulang lembu tu rebus sampai empuk.

3. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi dalam kuali lain sampai naik bau. 

4. Bila daging dah empuk semua, bahan-bahan tumis tadi masuk dalam periuk berisi daging yang tengah menggelegak tu. Nak masuk ayam pun sukati kaulah.


Sambal

Actually sambal sebenar dia aku tak sempat belajar. So, aku buat sambal aku yang aku dapat resepi dari Chef Ismail.

1. Cili api ikut sukahati. Nak pedas letak banyak tak nak pedas letak sikit. Common sense aje. Alah korang mesti level terer tererist dah kan?

2. Bawang besar sebijik.

3. Limau kasturi. 2/3 biji (potong tak payah buang kulit. Biji aje buang kalau kau rajin)

4. Kicap

Lepastu blender semua sekali. Tak payah letak gula garam. Kicap sahaja.



Ulam-ulam

1. Kobis
2. Daun sup
3. Daun bawang
4. Bawang goreng.

Siap! Hidang! Cekek! 





Selamat mencuba! Okey baibai!

6 comments:

Unknown said...

Nk cari bakso la lunch nanti. Terliur pulak ha. Hehe

Anum said...

sedapnyaaaaaaaaaaa

Hafiz Hafizol said...

wuwu sedappp... nanges tengok

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Aishah said...

iskk..meleleh air lior

HeNRieTTa JoSe said...

bakso sedap....dah lamer xmakan....nak buat sendiri mls...