nuffnang

Saturday, December 13, 2014

D'KAYANGAN STEAMBOAT

Assalamualaikum..
Beberapa minggu yang lepas D'Kayangan Steamboat dengan baik hati dan hati pink jemput Kakak Liyana makan-makan kat restoran mereka..
Jemputan adalah seramai 10 orang.. Jadi, aku memilih kawan-kawan novelis yang lain serta suami dan sorang kawan suami.. Hihihih..
Personally, steamboat ni sangat best okeh!
Bagi sesape yang suka marathon makan seperti raksasa laut itu pergilah ke sana dengan segera..
Restoran terletak di Seksyen 13, Shah Alam di Sri Acapella Service Apartment


Nah.. Sebelum tu Kakak Liyana bagi details restoran dulu untuk rujukan..

D’Kayangan Steamboat & BBQ 
Bermula daripada 5 Disember 2014(Jumaat) restoran akan dibuka pada 5 ptg – 2 pagi.
Konsep restoran ini ialah grill, stim, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Keistimewaan di sini ialah sup tomyam, sup ayam dan sos BBQ dan semestinya kambing panggang setiap hari dan sangat lazat dan menyelerakan.
Pelbagai pilihan makanan laut dan bebola seperti ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, kupang, tiram, kerang, kepah, ayam dan banyak lagi bersama minuman percuma sejuk 

atau panas. Pencuci mulut juga tidak kurang hebatnya dengan buah-buahan, aneka kek, bubur, aiskrim dan ais batu campur (ABC).


Pakej-pakej yang ditawarkan:-

Sizziling Grill + Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah +Dessert + Air sejuk + Teh Tarik. 

Harga Dewasa : RM33nett sahaja

Harga Kanak2 (5-12tahun) : RM17nett sahaja

ALL YOU CAN EAT (Set 2)
Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah+Dessert + Air sejuk + Teh Tarik. 
Harga Dewasa : RM29.80nett sahaja
Harga Kanak2 (5-12tahun) : RM15nett sahaja
ALL YOU CAN EAT (Set 1)
Restoran ini akan melalui transformasi dengan pengubahsuaian restoran dengan menambah ruang 
yang lebih luas dan juga tempat untuk mengabadikan kenangan bersama rakan dan keluarga pada 
tahun baru yang akan datang nanti. Masih lagi berkonsepkan steamboat BBQ & Grill tetapi ada kejutan untuk para peminat BBQ Arang. Beberapa item juga akan ditambah di dalam hidangan buffet dan hanya yang terbaik akan disajikankepada pelanggan.
Untuk mengikut pekembangan boleh layari laman facebook Steamboat BBQ Buffet DKayangan.

Teruja ke tidok tengok makanan di sini? Ohyaiii...


Aku sarankan korang puasalah sehari nak pergi sini untuk memakan semua jenis makanan yang hado..


Daging grill yang didatangi dengan pelbagai jenis perisa..



Kat sini boleh buat cendol or ABC sendiri.. The best thing yang Kakak Liyana jumpa as peminat tegar cendol dunia nyata.. Tetibe..


Nah! Kambing panggang dia dah bersaiz lembu 5 tahun dah aku tengok..


Gambar diambil dari Fanpage D'Kayangan Steamboat untuk resolusi yang lebih sharp..


Tak perlulah kau sebok nak beli tiket kapal terbang ke krabi ke Siam ke semata-mata nak cari seafood.. Pergi Shah Alam pun dah boleh jumpa seafood yang banyak begini.. Ko nak apa lagi? Kuda laut?

Okay ni gambar-gambar dari handphone Kakak Liyana yang so random..



Asal boleh capai dalam pinggan masukkan aje.. Hamek hamek..


Kek apa tak tahu macam red velvet.. Tapi cantik sangat.. Apa aje yang tak cantik kat kedai ni hah?



Biasa kalau pergi steamboat Kakak Liyana akan cari bola-bola dengan sayur kangkung dulu.. Kangkung paling no 1.. Yelah kang kangkung paling pemes di Malaysia ini.. Hahaha..


Sikit aje ambik.. Sukat dulu kapasiti perut kau.. Jangan kau bersifat haloba di sini..


Terima kasih Mr.A tolong bakarkan tolong steamkan sebab perkara yang dilakukan dapat menggolongkan kamu di dalam kategori suami mithali.. Nak pahala tak?




Ni port buat cendol ABC.. Kalau siang ni haruslah aku makan sampai 11 mangkuk..


First meal yang Kakak Liyana amek.. Masakan still panas tau..


Lala dengan kerang je aku kenal kat sini...


Wajah seperti meminta penampar saje ken..


Okay malam hari tu ade 3 jenis aiskrim tak silap and Kakak Liyana amek semua and semua sedap.. Tataula aiskrim apa depa letak ni.. Tapi kesedapannya diperakui oleh ahli meja..


  Ruang retoran yang sejuk dan beraircond serta bersih.. Jadi takdelah kau berasa kepam-kepam kat dalam ni sambil beraktiviti grill dan steam dan sebagainyer.. 


Antara pilihan makanan yang ada..


Mouth watering indeed!


 Alahai nak menangis tengok adik beradik segala nenek mee kat sini..
Wish I have more extra spaces of my  stomach!

Dari kiri : Novelis Rania Firdaus,  Novelis Weeda Airiza,  Novelis Elin Nadia dan Novelis Herna Diana.. My soulwriters yang takkan terpisah.. Jatuh dan bangun bersama.. Thank you sudi datang join Kakak Liyana, kakak-kakak.. :)


Iklan gambar tamat secara langsungnya.. 


Bersama manager restoran Encik Dzul Arif Majdi yang baik dan ramah melayan kami semua..

Jutaan Terima  Kasih buat pihak D'Kayangan sebab sudi menaja makan malam Kakak Liyana dan kawan-kawan.. Alhamdulillah feedback kawan-kawan yang lain pun cakap steamboat kat sini best and akan datang lagi ke sini.. Semoga selepas ni, restoran anda mendapat tempat di hati ramai lagi.. Mudah-mudahan, InsyaALLAH..
Restoran ni hanya ada di Seksyen 13, Shah Alam ya.. Jadi bolehlah datang ajak kawan-kawan dan family ke sini..

Contact: 03-5523 4979

Address:Sri Acappella Servis Apartment Rest.D'Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment. No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m  Seksyen 13, Shah Alam, Malaysia

Instagram: D'Kayangan Steamboat

Facebook : https://www.facebook.com/pages/Steamboat-BBQ-Buffet-DKayangan/203237499742318


Lokasi restoran boleh refer map ni ya!
Selamat menjamu selera in advance!

Thank you for reading people! :)

14 comments:

ewanthology said...

terima kasih kepada dkayangan steamboat kerana memberi LZ ilham menulis blog :-)

Yana Yassin said...

YY suka dengan aiskrim campur ngan bubur pulut hitam . Idea owner sendiri . Yummeeeehhhh .

HeNRieTTa JoSe said...

Yummy....semua pown nmpak sedap...
InsyALLAH jika berkesempatan ke shah alam bleh cuba ke sini....

Hafiz Hafizol said...

wa kenapa muka macam itu? meh nak tampo sikit meh. haha

Linakhtar said...

tgk je pun dah menyelerakan.. kalula ML dekat ShahAlam tu mmg mengajak g dah..ni kat Kulim.. tak2 ada kelapangan "terjun" ke sana terus... thanks yunk share tempat2 menarik... ML sukaaa steambot ni.. best..puas hati makan... hihih

Chekgu Azrine said...

Terliur haihh...

Selamat pengantin baru liyana

Najib Ariyan Ali Basha said...

tu dia... giler banyak makanan... mana cukup perut nak isi ni? mak ai sedapnya... ko tengok tu aku ambik ni ko tengok ni aku ambik tu... pehhhhh.... nanti kalau saya dah slim saya akan ke sini sebab sorang kawan pernah tinggal di area ni satu ketika dulu kalau tak silap

angkisland said...

nice...

zinziemeewah said...

kalau macam ni punya sedap nmpak gaya memg harus pergi try ni...

zinziemeewah

NJihe.am said...

Puasa dulu baru makan. Baru masyuk! http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

Jemput bersegmen :-)

Unknown said...

menyelerakan. Terus lapar. XD

Unknown said...

wow mkn malam malam ni. haha

Anonymous said...

I delight in, cause I found exactly what I was looking for.
You have ended my four day long hunt! God Bless you
man. Have a great day. Bye

Here is my website ... Jump Manual Jacob Hiller

Beba Ifa said...

wah! nampak sangat sedap!

salam singgah dari Sabah! ^_^

http://kylifa.blogspot.com/