nuffnang

Sunday, May 17, 2009

SINOPSIS NOVEL LZ

RINDU TERCIPTA



Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Liyana Zahim
ISBN: 978-983-124-539-2

Sinopsis: SAAT Anis mengumpul sejuta semangat untuk terus bertahan selepas kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati.

Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya. Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal. Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari.

Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim.

Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------
SEKEBUN BUNGA CINTA 


Harga:RM22.00
Halaman: 536
Penulis: Liyana Zahim
ISBN: 978-983-124-704-4

Sinopsis: Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan hatinya boleh terpaut pada si gadis ‘boyish’itu?

Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. Mana tahu hatinya yang disangka kental itu sangat rapuh. Lalu, dia membawa diri ke Kota Wellington. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu.Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!

Faris kembali ke tanah air. Rasa kecewanya sudah sirna. Namun begitu, pertemuan semula dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. Ketika itu, hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melamar Zara. Saat mereka ingin disatukan, Jasmin pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama di jiwanya. Sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang tidak bisa dicantum kembali. Ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa cinta tidak semestinya dimiliki.





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 CURI-CURI SUKA



Tajuk: Curi-curi Suka
Penulis: Liyana Zahim
ISBN:978-983-124-777-8
Harga: RM21.00
Halaman: 528

Sinopsis: Walaupun dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah.

Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya!

‘Malapetaka’ makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Rupa-rupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya.

Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi seakan-akan menjauh? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya.


----------------------------------------------------------------------------------------------------


Tajuk: Rindu Awak 200%
Penulis: Liyana Zahim
ISBN: 978-983-124-882-9
Harga: RM23.00
Halaman: 608

Sinopsis: Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

36 comments:

Aini Azman said...

SERIUS yana yg tulis,.wajib beli ni,.aini baru perasan entry ni kat sidebar blog yana,.=))

Unknown said...

Sis,macam mana nak bagi novel yang kita buat kat alaf 21 ye?maksud saya,nak publishkan tu macam mana?

Unknown said...

Thanks a lot sis!=)
And thanks sebab sudi follow saya..=)

Unknown said...

owh, novelis upenye yeh... bagus2... dulu2 suka la baca novel... pas dah kawen tak sempat dah nak melayan novel2 nih... kang keje tak jadi...

M Fizan said...

wuhuuu..tak sabar nak carik novel nie....amat seronok dapat kawan dengan novelis..sebab saya suka sangat baca novel..tapi tak nangis lar..jiwa kental.. ^_^

AimiiiLove said...

akak,mcm mne nak publish novel kat alaf 21?kene jumpe dorg ke ape?nak buat appointment dulu ke ape?hihi org dah lme tulis novel,cume tak pernah publish kt mne2.Hehe

~Kenanga Suchi~ said...

ada karang novel baru tak? salu dapat ilham dari mana ye?

aTiKa aTeRkaH said...

wah hebaqnya!!!!...penulis novel la..hehehe...

czueka zulaikha said...

minat gila novel.bukan saja membaca tp menulis jugak :)
manuskrip saya da bpe kali bertukar tp ta taw nak publish mcm mana. bole bg taw ta kriteria jenis nvel yg alaf 21 nak? n cm ne ye nk publishkan.

ILA HonEyBuNNy said...

nak cari rindu tercipta la...

novelist ne baik hati la...sukanya dapat kawan dgn novelist..heheh

Rean said...

boleh beli online x?hehe..minat gak nak baca..klau sendiri jual guna ebook boleh?lg senang nak beli!

Elly Nadia Prada said...

sedih nampak entry nihh , masa bulan 6 nak crik novel nih , dah tak jumpa da . :( nak beli !

Mawar Berduri said...

rasanya macam da pernah baca novel ini.. :)


nice!

laskar pelangi said...

nak kena beli nie;)

Unknown said...

ahkak, nanti buat novel bolehla klo nak adaptasi dari kisah hidup bunbun hahahahaha



seorang gadis philofobia yg akhirnya menemui cinta sejati lalalalalala

Anonymous said...

mcm best je novel2 ni :)
Iyka pon ske bce novel . baru je start ske2 nak karang novel . takde niat nak publish lagi . tapi kalau nak publish macam mane ? just untuk info :)

Invisible Me said...

loike. loike.

M Fizan said...

cik kak.. ayat last tu patutnya "memiliki"..huhu..

memang best lar.. zara yumna.. ummphh ^^

AM Rinz said...

sbc best la...rasa mcm kisah sendiri dibuku kn

NurulAshikinNordin said...

sis , novel sis memang best lahh . lepas saia baca . fuhh , mmg mnarik .

NurulAshikinNordin said...

sis , novel sekebun bunga cinta karya sis mmg betul-2 mnarik . mnarik perhatian saia betul .

Fatin Khadir said...

Baru nak baca...
http://atyien.blogspot.com/2011/10/sekebun-bunga-cinta.html

D said...

eheh ! da pnah bace novel yg girls agak tomboy.
best :D

SK said...

wow penulis buku.. respect! ^_^

suzie rahman said...

nak cari r novel2 ni

Unknown said...

adoiii...mne blh dptkan kedua-2 novel ni ???
best laa jalan cter dye....

Liyana Zahim said...

Hi dears.. TQ for comenting.. Kalau nk beli novel ni.. Boleh beli terus melalui LZ kat blog ni.. http://belinoveliyanazahim.blogspot.com/

Kat kedai pun ada tapi kena cari betul2 sebab buku pnulis bilis cam saya susah nk cari skit.. Hehehe.. :)

TQ~~~

azalia hjsalleh said...

kalau ada masa nanti nk try cari =)
saya suka baca novel

Unknown said...

salam kak, sya dah baca curi2 suka tu.. best sgt. sweet crita dia.. good job kak..

Anonymous said...

Liyana.. berapa lama tempoh proses klu kita publish novel di alaf 21 ??

Unknown said...

senang je tengok novelis cari nama sedap2 utk watak dalam cerita. akak penat dah pk nama utk baby tapi tak jumpe2. hehe

Liyana Zahim said...

Any questions pertaining to writing you can email me up at Liyanazahim@gmail.com.. TQVM peep :)

haziqah_zaidi said...

cmne nk publishkn novel yg kite wat????

Anonymous said...

Salam . sis nk tnya . sis jual tk novel2x sis ?

nadfeltcorner.blogspot.com said...

assalam..

macam mane nak bace semua episod rindu awak 200% ni ye.. tak saba nak tunggu tv lambat..hihi

https://thenmnotes.blogspot.com said...

salam sis.

sy memang minat semua hasil karya sis terutama novel rindu tercipta dan rindu awak 200%. dah empat kali baca novel sama tak bosan pun hehe.