
Seperti sebelum,
Ada ruang antara kita,
Berkata dan juga melafaz,
Mencanting dan juga melakar,
Tiap peristiwa yang dilalui..
Lama mana mampu menerajui usia,
Selagi itu di situ,
Setiap kalimah,
Tidak pernah jemu memperdengarkannya,
Kerana haluan itu sentiasa bersamanya,
Dan kerana hanya ingin bersamanya…
Dekat padanya,
Tiada yang lain,
Mencipta sesuatu yang takkan luput dari ingatan,
Meneroka bahasa naluri, fikrah dan gerak hati,
Moga pergerakannya terjaga..
Melindungnya tanpa disedari,
Memeliharanya tanpa diketahui,
Apa jua yang ada di hati,
Apa sahaja yang tercetus di kemampuan deria-deria,
Dituju istimewa untuknya…
Bukan mendahului Ahadiat-NYA,
Kasih ini tetap kasih kedua selepas-NYA,
Menafi,
Sekadar menyakitkan,
Ingin berpaling ke belakang,
Harus bagaimana?
Kalimah tentangnya mengganggu lena…
Adanya waktu,
Ingin menjauh,
Semakin jauh,
Semakin memaksa,
Semakin gelisah,
Semakin tidak betah…
Jangan pergi jauh,
Kebakalan,
Parah satu rasa ini,
Jangan pergi jauh,
Sirna segala punca,
Dan jangan pergi jauh,
Persis layang-layang putus tali….
14 May 2009
9.40am
IIUM, Gombak..
Ada ruang antara kita,
Berkata dan juga melafaz,
Mencanting dan juga melakar,
Tiap peristiwa yang dilalui..
Lama mana mampu menerajui usia,
Selagi itu di situ,
Setiap kalimah,
Tidak pernah jemu memperdengarkannya,
Kerana haluan itu sentiasa bersamanya,
Dan kerana hanya ingin bersamanya…
Dekat padanya,
Tiada yang lain,
Mencipta sesuatu yang takkan luput dari ingatan,
Meneroka bahasa naluri, fikrah dan gerak hati,
Moga pergerakannya terjaga..
Melindungnya tanpa disedari,
Memeliharanya tanpa diketahui,
Apa jua yang ada di hati,
Apa sahaja yang tercetus di kemampuan deria-deria,
Dituju istimewa untuknya…
Bukan mendahului Ahadiat-NYA,
Kasih ini tetap kasih kedua selepas-NYA,
Menafi,
Sekadar menyakitkan,
Ingin berpaling ke belakang,
Harus bagaimana?
Kalimah tentangnya mengganggu lena…
Adanya waktu,
Ingin menjauh,
Semakin jauh,
Semakin memaksa,
Semakin gelisah,
Semakin tidak betah…
Jangan pergi jauh,
Kebakalan,
Parah satu rasa ini,
Jangan pergi jauh,
Sirna segala punca,
Dan jangan pergi jauh,
Persis layang-layang putus tali….
14 May 2009
9.40am
IIUM, Gombak..
No comments:
Post a Comment