nuffnang

Saturday, December 10, 2016

4 DESTINASI MENARIK UNTUK PERCUTIAN 3 HARI BERSAMA TRAVELOKA


Assalamualaikum darlings!
Boleh katakan kehidupan kita ni cuma lebih kat kerja, makan, dengan tidur jer. Sampai ke tua kau pon tak sedar sebenarnya kau menjalani life span development yang bosan gila. Haaa.. Lepas tu mulalah kau mengadu stress sana sini. Stress dengan tempat kerja, kat rumah dengan anak-anak lagi dengan perangai masing-masing. Makahai..

Musim cuti ni kalau boleh pergilah curi masa sikit pergi bercuti. Tak payah pergi jauh sampai Amareka pon Dalam Malaysia ni banyak aje tempat-tempat best. So, apa kata korang cuba lari sekejap dari kehidupan ‘normal’ korang tu supaya minda dan badan korang lebih cergas dan segar. Apa yang aku maksudkan dengan ‘lari sekejap’ tu adalah korang pergilah bercuti. Ambil cuti untuk 3 hari pun dah okay. Bukan sampai seminggu pun dan janganlah sampai nak berhenti kerja pula sebab stress.
Ada yang kata malas nak pergi bercuti sebab mahal? Yeke mahal? Alaaa, mahal tu pun sebab korang sendiri yang tak mahu survey dan rancang sebelum bercuti. Apa kata korang terus tengok kat Traveloka Malaysia. Ada banyak promotion yang ditawarkan tau? Bak kata orang, nak bercuti ni tak perlu kelam kabut. So, sebelum bercuti korang rancang laa apa-apa yang patut. Nanti bila nak pergi everything will be smooth jer. Nak bercuti dalam masa 3 hari saja? Ke mana je nak bercuti? Cukup ke? Dan sempat ke? Eh, mestilah sempat kan. Haaa, dekat sini aku ada 4 cadangan  tempat bercuti yang boleh korang pertimbangkan. Apa lagi? Cekidaut!

  1. Pulau Tenggol, Terengganu
Jarang and mungkin korang tak pernah dengar nama pulau ni kan? Actually kat Malaysia ni banyak giler pulau-pulau cantik yang orang tak fully explored lagi. Tapi sebenarnya yang tak pemes ni lah yang cantik kau tau? Kalau sejenis yang suka dengan aktiviti air, maka pulau ini sangatlah sesuai untuk korang bercuti sorang-sorang (kalau kau lone ranger) ataupun bersama keluarga. Pulau Tenggol ni salah sebuah lokasi pulau peranginan yang terletak di perairan Terengganu. Ia juga merupakan salah satu daripada syurga aktiviti scuba diving dan snorkeling Malaysia yang tersembunyi. Menyelamlah kau sampai naik hijo. Pantainya berpasir putih, airnya jernih, bersih dan ikan-ikan berwarna-warni pasti akan memukau korang untuk menyelam dengan lebih lama. Permandangan dia pun sangat cantik dan menenangkan.








  1. Pulau Langkawi, Kedah
Selain melakukan aktiviti pantai, korang juga boleh ke tempat-tempat yang menarik. Antaranya, korang boleh cuba naik kereta kabel dan seterusnya ke Sky Bridge. SkyBridge ni merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan 2 puncak bukit dan korang boleh berjalan sambil melihat permandangan pulau ni secara 360 darjah. Nak naik atas tu memanglah scary sebab laluan meniti cliff cliff Gunung Mat Chincang tu merupakan laluan tercuram di dunia tau? Tapi sampai aje kat Sky Bridge tu, view dia sangat cantik. Tapi yang penting sebelum balik tu korang jangan lupa untuk singgah beli coklat sebab di sini adalah antara tempat percutian yang bebas cukai. Kat sini ada banyak pilihan tempat penginapan. Untuk memudahkan pencarian korang boleh tengok dekat web ni https://www.traveloka.com/en-my/ untuk dapatkan the best rate. Jadi, tak laa korang buang masa sebab kalau walk in banyak masa korang terbuang nak cari hotel, chalet semata-mata.  


  1. Cameron Highlands, Pahang.
Tempat ni selalu jadi destinasi honeymoon kan? Yelah tempat sejuk lah katakan. Kalau datang time sejuk dia, kau cakap pun keluar asap kat mulut. Feeling Amerika sangat tau? Tanah Tinggi Cameron Highlands ni adalah sebuah pusat peranginan yang sesuai untuk percutian seisi keluarga. Suasana disekitarnya yang sejuk dan dikelilingi kehijauan hutan amat sesuai untuk korang yang mencari ketenangan dan ingin lari dari bunyi bising di bandar. Tambahan lagi, korang akan dapat menghirup udara segar dipagi hari. Berjalan kaki sambil melihat keindahan alam semulajadi pasti akan membuatkan korang lupa seketika masalah kerja. Kakak Liyana suggest kotang pergilah berjalan kat ladang teh, Mossy Forest awal-awal pagi. Ketenangan dia kau takkkan dapat kat mana-mana. Cameron Highlands merupakan destinasi percutian popular setiap kali cuti persekolahan dan cuti umum kerana ia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Dan semestinya buah strawberi dengan Cameron Highland tak dapat dipisahkan. Selain tu banyak lagi hasil-hasil penduduk setempat yang dijual kat pasar-pasar. Harga pun murah-murah dan yang penting sayur-sayur tu segar. Pergi sini rasa macam nak pergi lagi sekali tau?!




Haaa.. Kakak Liyana pun dah pergi sini tau? Memang bestlah hoi aku tak tipu!!


  1. Weston Wetland Park, Sabah.
Destinasi seterusnya ialah bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. Lebih kurang satu kilometer dari Pekan Weston, terdapat sebuah kawasan tanah rendah yang menarik untuk dikunjungi iaitu Weston Wetland Park. Aktiviti siang yang boleh dilakukan di sini adalah seperti menyusuri Sungai Nabahan dan memerhatikan hidupan pinggir sungai. Menjelang senja, korang boleh memerhati matahari terbenam di tempat khas. Aktiviti malam pula korang boleh tengok kelip-kelip di pohon kayu bakau di pinggiran sungai. Kelipannya sungguh mengasyikkan. Aipp, jangan pening-pening dengan harga tiket flight okay? Kan Kakak Liyana dah cakap tadi, dekat Traveloka ni ada promotion. Bukan setakat untuk hotel saja, tiket flight pon korang boleh dapat dengan potongan harga sebanyak 20% tau. So, relax bebeh. Just sediakan duit je untuk bayar. Hihi.

Jadi, korang dah tahu nak pergi ke mana? Kalau dah tahu baguslah! Untuk pengetahuan korang jugak, melalui Traveloka ni korang boleh dapat penjimatan yang lebih tinggi kerana ia akan memastikan tawaran yang hebat untuk setiap perkhidmatannya dan yang paling seronok tiada caj tersembunyi yang dikenakan. Semoga korang enjoy!


5 comments:

Busyra Takiyudin said...

wahhh sabah best!!

HeNRieTTa JoSe said...

bestnye bercuti....jap nk lawat traveloka...heeheehee...thanks for the share....

PS: kita tunggu novel baru ni....:)

Farah Shahidah said...

pulau2 yang kat terengganu je belum pernah pegi lagi.hehe..
anyway thanks for sharing

Kak Nab said...

cantik gambar2..nice sharing sis

wan norasiah said...

Seronoknya bercuti...tq tips


Tips Atasi Masalah kulit wajah Breakout teruk