Assalamualaikum..
Title harus omputeh supaya blog ni pergi jauh sampai ke oversea.. Hahaha
Frankly speaking Kakak Liyana got lotsa time to write but Kakak Liyana don't have feelings to write..
Nak cerita sikitlah pasal kawan-kawan, sahabat, teman dan sewaktu dengannya ni.. Okey this is my way berkawan.. Satu jangka masa yang lama kita berkawan belum tentu ada keserasian kan? Sebab hati manusia berubah dan tentu sekali ada tahap-tahap tertentu ada benda berlaku yang buat kita rasa anoyying tapi normally kita tak sedar perangai kita tu anoyying kan orang dan macam tulah jugak kau sendiri..
Bagi Kakak Liyana, kawan yang baik suka tengok kita berjaya. Bukan bila kalau kita berjaya mulut dia mula keluar benda-benda yang menyakitkan hati.. Kawan yang baik tidak akan ambil kesempatan sewenangnya dan yang penting waktu susah ada bersama.. Bukan menyusahkan kita bila kita tengah susah..
Kawan yang baik tidak suka mengikis dalam erti kata lain mengharapkan kita berbelanja untuk dia.. Ni bukan sebab kita kedekut tapi kalau dah bergerak ke mana-mana kita kena support dia, sedangkan kita pun tak adalah kaya pun, memang sejenis ni layak dilupakan begitu sahaja.. Tak salah nak belanja satu sama lain.. Tapi kau biarlah berpada.. Kadang-kadang kawan tu kesian kat kau tapi tak bermakna kau boleh mengharap 24 jam.. Dan paling tak patut, time kau berkira kemain. Ce tanya diri sendiri, kau berkira ke tak?
Kawan yang baik melihat kita dari pandangan yang baik dan tidak ada perasaan iri hati bila kita ada kawan yang lain.. Sedarlah kau bukan hidup untuk jadi kawan dia aje, melekap 24 jam aje.. Rimas kau tau tak?
Dan janganlah setiap kali keluar ada komunikasi sehala aje. Means kau asyik nak cerita pasal diri kau, kerja kau, kawan kau, secret admirer kau bla bla sampai tercungap kawan tu nak dengar cerita kau. Kalau cerita sekali je takpelah.. Ni cerita dah nak dekat 10 kali.. Kadang-kadang kau tak peduli pun kawan tu ada masalah apa.. Kalau macam Kakak Liyana, masalah sendiri setel dengan orang tu aje, malas nak canang kat semua orang.. Time kita ada masalah tu jugak didesak untuk dengan cerita dia yang dah nak dekat 10 kali ulang, memang panas lah brother. So, kat sini belajarlah untuk selesai sendiri certain masalah. Bukan tak boleh cerita tapi kalau semua nak cerita macam tak ada rahsia semua nak bagitahu, kau ingat semua orang suka cerita kau? Kau ingat semua orang akan rasa astonished dengan cerita pasal diri kau? Bagilah sikit ruang kat kawan tu untuk bercerita benda yang tak stress.. Cerita pasal kumbang ke ayam bertelur ke.. Balik balik kau sembang something yang repetitious. OMG.. I need to breathe okay!
Kakak Liyana jenis tak suka nak cerita atau tulis karangan pasal masalah diri sendiri kat social media. You know darling. People are judging you every singe thing you wrote on your Facebook, Twitter etc.. And sharing too much happiness pun tak elok.. Apatah lagi update status provoke yang boleh mendatangkan pergaduhan kat komen.. Bercerita keburukkan orang dan sebagainya.. This shows your level of mentality.. Macam kat kampunglah senang nak bagi contoh.. Macam mana kau judge makcik-makcik yang suka bercerita keburukkan orang kat jiran tetangga? Adakah kau pikey makcik tu setaraf dengan ahli tarbiyah? Takkan? Jadi, mari kita nilai siapa diri kita..
Ada satu rahsia hati yang kita tak suka yang kita tak boleh share.. Tipulah kalau cakap hati kita ni bersih sentiasa.. Bezanya sama ada kau zahirkan di tempat awam atau pun tak.. So, busuk hati, tak suka orang tu simpanlah sendiri.. Tak pun ceritalah rasa tak puas hati dengan orang terdekat instead of share everything kat media social dan mencanangnya dari rumah ke rumah..
Kakak Liyana met a lot of people.. Tapi Kakak Liyana buat kawan sikit sangat.. Sebab to me, untuk cari kawan yang betul-betul ngam dengan kita sangat susah.. Bukanlah kita mengharapkan kesempurnaan tapi Kakak Liyana mencari yang baik-baik sebab Kakak Liyana ni pun bukan baik sangat. At least ada benda baik dia boleh bagi kita yang tak baik. Nak-nak kalau kau jahat dengan aku, siap kau! Hahaha takdelah.. Kita guro jer.. The point is you give and take.. Bukan you give give give and give sampai mati.. Know that everyone has their limit.
And ask yourself? Do you really know your truly best friend? True best friend bila dia buat hal, kau akan start fikir apa salah kau. There's must be a reason kan? Slowly kau muhasabah diri kau and tanya dia did I do anything wrong to you? Bukan rasa diri kau syumul dan sangat baik dan tidak bersalah langsung. Hubungan manusia ada pasang surut sebab kita tak lari dari buat silap.. Mungkin kawan tu ada jugak silap tapi kau boleh tegur.. Bukan kau menuduh dia macam kau tu baik sangat. So what type of friend are you?
Berkawan bukan macam bercinta dik.. Kawan bukan adik beradik kau. Kau bergaduh harini esok kau dah baik.. Bukan macam adik kau yang kau boleh maki esok kau boleh cari dia lagi.. Still ada gap feeling tu walau kau rapat melekat macam mana sekalipun. So, first thing is understanding. Second, consideration. Third, toleration in which you have to give and take in certain circumstances. Fourth, helping each other. Bukan hanya dia yang tolong kau. Tapi bila kau perlukan pertolongan dia adalah orang yang paling jauh. But tengok pada pertolongan.. Kalau kawan tu tak mampu macam mana? So next is rational. Be rational la.. Kau memasing dah besar. Bukan zaman form 3 pergi tuisyen gaduh sebab kacang je? OMG..
So to sum up, regardless, kawan tu tak pernah pergi sekolah ke, belajar tak tinggi ke atau belajar terlalu tinggi ke, kalau moral ke laut tak guna jugak.. Dan satu lagi belajar untuk meletakkan diri di kasut orang lain. Bukan orang aje nak ke kasut kau.. Life got so many simple rules, why complicate?
Bye darlings!
3 comments:
rietta setuju, berkawan biar ikhlas,klu yang dgn niat ambil kesempatan, bukan kawan namanya....
singgah sini
Wow! finally update from LZ.
sis, takde novel baru ke?
Post a Comment