Cuti2 takde kije dok kat umah, aku merajinkan diri bace blog2 org, artikel dan sbg.. Samada sengaja atau tak sngaja aku terbaca beberapa blog orang ramai yg bg pndpt tngtg dunia penulisan dan jualan novel cinta remaja yg makin bnyk dterbitakn skrg..
Aku tatau nk ulas camne.. Bukanlah niat aku nk tnjuk pndai.. But humans used to argue upon something dat dey dun favour.. And praise something dat dey favour. Slagi ade hak utk bersuara tentang pkare yg spatutnya, aku akn bersuara. Ramai yg pertikaikan khdrian novel remaja (khususnya penulis remaja) hanya buat muda-mudi jd leka.. Malahan bukan remaja aje, glgn2 ibu juga sama..
Sjk kblkgn ni dunia pnulisan kreatif sgt mdpt smbutan dan galakan dari orang rmai.. Kalau dulu, kite sibuk dgn mjlh2 dan drama TV semata2.. Itulah hidangan yg dijadikan hiburan seharian kita mencari kepuasan untuk hiburan sampingan.. Tp skrg selera msyrkt dah beralih arah.
Yg mjadi pertikaian pndpt, novel yg ada hanya sibuk bercerita mngenai kisah2 fantasi cinta yg mungkin wujud atau pun tak. N ppl will not gain anytg at all by readin such kinda readin materials.. Buang masa dan wang! Ahha.. Persoalannya benarkah novel2 yg ade masa kini hanya sensitive pada isu cinta karut smate2? Mungkin ada.. Tp itu terpulang pda hak2 individu tertentu.. Sbb citarasa mnusia tak sama dan taap pmikiran mnusia pun tak serupa. Jadi, level penilaian pda sesuatu pastinya berbeza2.
Kalau kata membaca novel fantasi cinta ni mbuang masa dan melekakan, apa pulak ceritanya kalau kita mendengar lagu2 cnta yg brgkali juga mampu melekakan. Semestinya kita mendengar radio setiap hari dan tidak kira frekuensi apa sekalipun, lagu2lah yang menjadi santapan halwa telinga kita semua. Lagu masa kini lebih menitik beratkan melodi semata-mata. Kadang-kadang lirik pun meraban bercerita entah apa-apa sampai kekadang aku pun tak boleh faham. Tapi, tak semua lagu2 yg disenandungkan setiap hari tu merepek dan merapu, ada jugak yg mbawa mesej2 dan nasihat2 tertentu yg boleh dijadikan teladan dan mnimbulkan keinsafan.
Bgitu jugak dengan drama2 TV yang kita semua tahu hanya lakonan semata-mata.. Tapi cuba kita fikir, bukan ke segala cerita, drama hatta teater sekalipun itu merupakan adaptasi dari realiti yang berlaku? Menyamai konteks novel yang juga ditulis melalui pemerhatian penulis dari apa yang berlaku di depan mata. Walau hadir melalui imaginasi sekalipun, tetap datang dari pengalaman atau perkara yang pernah dilihat sebelumnya.
Kita sibuk menyalahkan kehadiran novel melayu yang menghanyutkan dan melalaikan tapi cuba kita gerakkan sikit pada skop pandangan lain. Realiti lain yang ada depan mata. Jangan kerana kita suka hijau, kita hanya cenderung memakai barang yang hijau-hijau sahaja. Kat Malaysia sekarang, hiburan tu dah jadi macam satu keperluan dalam masyarakat.
Apa pula ceritanya program realiti yang bersungguh2 menjayakan aktiviti mengasah bakat kanak2 dalam bidang nyanyian, lakonan dan sebagainya? Ramai sungguh budak2 bawah umur yang dah berkecimpung dalam bidang seni. Tak ada salahnya. Cuma, nilai apa yang kita boleh peroleh jika kita santapkan mereka dengan hiburan yang semacam itu sedangkan mereka merupakan rebung yang perlu dilentur untuk buluh yang baik. Aset yang bakal memimpin bumi merdeka yang kita tinggal sekarang.
Semua orang sukakan hiburan tapi terpulang cara apa mereka memilih hiburan yang dikehendaki. Itu hak masing-masing. Kehadiran novel melayu tidak harus dipersalahkan. Novel sama seperti filem2 yang ada kemungkinan kita akan tonton dan baca beberapa kali, tapi takkan ada yang sanggup baca dan tonton sampai 100x. Betul tak? Setiap orang mencari kepuasan dengan cara masing-masing. Tak perlulah nak bangkitkan isu ni sampai tahap nak hantar proposal menentang kehadiran novel-novel remaja masa kini. It'll jz be in vain since ppl have their own standpoints to see, to choose, to analyze and etc~
Kenapa mesti menilai novel-novel sekadar member lalai sedangkan ada lagha yang lebih besar dari itu? Aku nak mintak maaf kalau ada yang tesinggung. Sekadar berkongsi pendapat tak salah kan? Kalau ada pihak yang mampu mengeluarkan pendapat sendiri, aku pun tak terkecuali dari hak untuk itu.
1 comment:
hmm..as'kum..
-how are you?
-you look great..
-im happy to see it..
-although from far..
-alhamdulillah u r having a good life right now
-just want you to know i got a good result last semester..i got dean list..and im happy for that..i hope you are happy too..
-urm..so good luck in everything that you do..and i will always pray for you..InsyaAllah.. =)
-Memandang di Kejauhan-
Post a Comment