nuffnang

Wednesday, April 14, 2010

KATAKAN APA MAHUMU?

Semusim beredar,
Menetapkan jiwa yang biasa menjadi liar,
Berkejaran mencari yang pasti,
Namun, tetap jua menerima apa yang menanti.

Siapa sahaja mengajar erti rindu,
Mahu sahaja mendengar,
Tidak pasti menuruti,
Utuh bersimpul naluri mendekati.

Sekadar melihat dari jauh,
Memahami bukan memberi,
Mendengar tanpa sebarang janji,
Melihat hanya kerana menyayangi,
Dia yang pasti teman hakiki.

Walau hati walang membiarkannya,
Tanpa ada sedar meninggalkannya,
Jua keras menidakkan semuanya,
Akhir sirna segalanya.

Sekian melangkah,
Segagah kurnia si akar tunjang,
Membisakan pohon tegak berdiri,
Lalu, tiada apa jua yang diperolehi.

Sedari lalu mengasuh hati,
Walau sekeras kerikil,
Kerananya,
Sedar tertunduk sepi.

Yang terdahulu tegar,
Biar melutut,
Tetap mendada ke langit,
Yang terdahulu memberi gusar,
Membisu menyatakan angkuh,
Kini,
Sehalus bicara Aisyah,
Setia laksana Khadijah.

Tidak meminta apa,
Saat diri memerlukannya,
Pencilkan jauh rasa luka,
Pamer sahaja rasa bahagia,
Kerananya yang terindah,
Mengajar satu erti kerinduan,
Lagi,
Katakan apa mahumu?


~Liyana Zahim
7.26
Wed, April 2010

2 comments:

.::||Abdullah||::. said...

huiyooo..respek ahh..ayat2 sungguh puitis n gramatis.chantek layout baru.ianya sggh cool! ^^

Liyana Zahim said...

Hehehe.. Toce2~ Skrg da tau nk tkr layout.. Da jd addicted lak maen tkr2.. Puitis dan gramatis? Xdela.. Jz tls pew yg trmmpu.. Jiwa kcau.. Huhuhu..