nuffnang

Saturday, April 17, 2010

SI DANGKAL

Tajam lidah tiada akal,
Bersuara menyatakan palsu,
Berbicara apa sahaja,
Tentang perihal tiada mengena.

Mencerlang matanya melihat sesiapa,
Raja bijak berhujah,
Tiada yang menyangkal,
Kian tegar mengatur kalimah.

Berlibur di ruang litup dunianya,
Bertafakur tentang apa,
Gelap jiwa,
Jarang diteladani, 
Hanya bertutur tanpa henti.

Apa sahaja yang disanjungi,
Yang lain di bawah kaki,
Apa sahaja yang digeruni,
Bilangnya tidak gentar menghadapi,
Lafaz dasar hati yang dangkal.

Bisukah yang mendengar?
Butakah yang melihat?
Bodohkan yang membisu?
Si Dangkal,
Terus sahaja menyisip kalimah menyakiti,
Tanpa sedar selama hayatnya.

Liyana Zahim
2.54pm
Saturday~

No comments: