"OKEY! Kita start dari pintu pagar sekolah. Siapa kalah, kena belanja makan kat kantin selama satu minggu! Amacam?’’ ucap Airis tersengih sambil menjungkit-jungkitkan keningnya.
‘’Ek elley, kalau setakat seminggu nak buat apa? Tabung pun tak sempat penuh! Kalau sebulan barulah berbaloi. Ini seminggu.. Hehhh..’’ Nazrin mencebik.
‘’Kepala otak kau! Seminggu cukuplah. Kalau sebulan, mahu gondol kepala aku! Dahlah kau tu melantak macam orang bela saka!’’ ujar Airis seraya menarik basikal BMXnya dari garaj kereta. Dia dan Nazrin keluar beriringan sambil mengheret basikal menghala ke pintu pagar utama.
Ketika itu keadaan agak sesak dengan pelajar-pelajar yang berduyun-duyun keluar dari kelas. Sinar mentari yang terik menjamah kulit mereka.
‘’Eleh, cakap ajelah takut. Kau kan selalu kalah. Tu sebab, kau tak berani bertaruh sebulan,’’ ejek Nazrin. Segaris senyuman sinis terlihat pada bibirnya.
Airis sedikit tercabar dengan kata-kata teman karibnya itu. Dipandang wajah Nazrin geram. Lelaki itu hanya menayang muka selamba sambil tersenyum-senyum mengejek. ‘’Okey, satu bulan. Aku setuju!’’ ucap Airis yakin.
Sejak kecil mereka bersahabat baik. Mengharungi suka duka pada setiap zaman yang berlalu sehinggalah kini umur mereka mencecah 17 belas tahun. Hubungan yang sedia terjalin itu tidak pernah renggang barang sedikit pun.
Sejak berusia 5 tahun lagi, Nazrin telah menetap di kampung bersama datuk dan neneknya. Keluarganya menetap di Kuala Lumpur dan mempunyai perusahaan sendiri di sana. Memandangkan Nazrin terlalu rapat dengan nenek dan datuknya, dia mahu terus tinggal bersama mereka dan bersekolah di situ. Hanya sekali-sekala dia akan pulang ke Kuala Lumpur bersama keluarganya.
Ketiadaan Nazrin adakalanya mempengaruhi mood Airis. Dia tidak betah berjauhan dengan lelaki itu biarpun sekejap. Barangkali dari kecil hubungan mereka terlalu akrab sehingga setiap kali Nazrin pulang ke Kuala Lumpur, hidupnya jadi kosong dan serba tidak kena.
Namun setiap kali bersama, ada sahaja perkara yang ingin ditengkarkan. Malah boleh dikatakan setiap waktu apabila kedua-duanya berinteraksi, pasti akan berkelahi bak kucing dengan anjing!
‘’Satu, dua, tiga!!’’ Sebaik sahaja Airis selesai membilang, serentak mereka memecut basikal mereka membelah jalan raya kecil di situ. Kedua-duanya sama-sama beradu keupayaan mengayuh basikal selaju yang mungkin.
Mereka saling pintas memintas. Namun Nazrinlah yang biasa mendahuluinya. Sudah berpeluh-peluh Airis mengejar Nazrin dan akhirnya dia berjaya menyaingi lelaki itu. Namun, cuma seketika. Nazrin kembali mendahuluinya.
“Alah, tayar kau besar bolehlah!’’ jerit Airis geram ke arah Nazrin yang kini sudah berada di depannya. Dia mengenggam handle basikalnya kejap. Kali ni aku mesti menang! Bisik hatinya.
Airis berdiri sambil mengayuh basikalnya. Jaraknya semakin hampir dengan Nazrin. Tiba-tiba entah macam mana basikal Nazrin terlanggar sebatang kayu di tepi jalan sehingga basikalnya tidak dapat kawal. Apa lagi, terbabas ke semaklah jawabnya. Tertonggeng-tonggeng lelaki itu tercampak ke dalam belukar kecil di tepi jalan bersama basikalnya.
Airis ketawa terbahak-bahak di atas basikalnya.
“Wuhhu.. Aku menang!’’ Dia menjerit gembira. Namun kemudian, dia berpatah balik untuk mendapatkan Nazrin yang masih berada di dalam belukar. Dia melompat turun dari basikalnya lalu menghampiri Nazrin yang kelihatan terduduk di sisi basikalnya. Wajah lelaki itu kosong tanpa ekspresi. Hish, ke dah terencat sebab jatuh tadi? Bisik hati Airis.
Dia mencangkung menghadap Nazrin. ‘’Inilah padahnya kalau cakap besar.” Dia menjelir lidahnya ke arah Nazrin sambil ketawa tidak henti-henti.
Nazrin tidak mempedulikan gelagat Airis yang sedang mentertawakannya. Tubuhnya terasa sengal. Tiba-tiba terasa ada cecair likat yang mengalir pada tangannya. Lantas dia membelek lengannya.
‘’Eh, darahlah!’’ Tawa Airis terhenti serta-merta. Wajahnya bertukar cemas. Dia cuba memegang luka sepanjang 3cm di lengan Nazrin.
‘’Adoi! Sakitlah!’’ Nazrin terjerit.
‘’Alamak, sorry! Sakit ke?’’
‘’Lagi mahu tanya. Sakitlah!’’ marah Nazrin.
‘’Jom cepat aku hantar kau balik!”
Nazrin cuba bangun namun kakinya terseliuh dan tidak mampu bergerak. “Kaki aku..’’ adu Nazrin sambil berkerut-kerut dahinya menahan rasa sakit.
Tanpa bicara lagi, Airis menarik lengan lelaki itu lalu memapahnya sehingga ke jalan.
‘’Kau duduk belakang basikal aku, biar aku hantar kau balik,’’ suruh Airis persis seorang kakak kepada adiknya.
‘’Wei, basikal aku macam mana?”
‘’Petang nanti aku ambilkan. Dah lewat ni, nanti nenek dengan atuk kau risau pulak.’’ Airis seolah-olah sedang membebel. Dia membonceng Nazrin sehingga sampai ke rumah atuk dan neneknya.
Selepas peristiwa itu, seminggu Nazrin tidak ke sekolah kerana terpaksa berubat kakinya yang terseliuh. Namun dalam pada itu, janji yang telah diungkap tetap dikotakan. Sebulan Airis menyimpan duit perbelanjaannya di dalam tabung kerana setiap hari dibelanja oleh Nazrin.
Terlalu banyak kenangan yang disimpul bersama Nazrin. Dulu dia pernah menyelamatkan Nazrin ketika lelaki itu hampir lemas di sungai belakang rumahnya. Dan peristiwa lain pula, dia pernah meleraikan pergaduhan di antara Nazrin dan seorang pelajar lelaki di sekolahnya. Ketika cuba menghadang Nazrin dari pelajar tersebut, batang hidungnya yang menjadi mangsa tumbukan lelaki itu. Nasib baik tak kemek hidungnya seumur hidup!
))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
‘’OI MAK GEDUK!!’’
Lamunan Airis bertaburan entah ke mana dek kerana jeritan rakan sebiliknya itu. Segala peristiwa yang terimbau di layar matanya serta-merta sirna. Agak lama dia berkhayal mengenang kenangan lampau bersama Nazrin sewaktu zaman persekolahan dahulu. Hatinya akan berasa terhibur setiap kali mengingati semua itu.
Kini, usianya sudah mencecah 24 tahun. Dia dan Nazrin sekali lagi ditakdirkan menempuh waktu pengajian di IPTA yang sama. Bezanya Nazrin mengambil jurusan biomedic engineering dan dia pula mengambil jurusan undang-undang.
‘’Apa hal? Kau ni panggil aku macam nak perintah orang berkawat! Panggil perlahan-lahan sikit tak boleh? Aku ni bukannya pekak! Tuli jauh sekali..’’ marah Airis kurang senang dengan perilaku Misya, rakan sebiliknya yang juga merupakan rakan sekelasnya di UM itu.
Misya tersenyum kambing. Terserlah kedua-dua gigi taringnya di sebelah kiri dan kanan. Taring itulah yang memaniskan wajah gadis genit yang berasal dari Perlis itu.
‘’Ha, apa kau nak?’’ sergah Airis mengalihkan tumpuan dari luar jendela biliknya ke muka Misya.
‘’Alah kau ni, aku bergurau sikit pun nak naik angin. Aku nak menyampaikan pesan aje. Buayafriend kau tengah tunggu kat bawah.’’
‘’Buayafriend? Siapa?’’ soal Airis bingung-bingung. Namun dia mengerti frasa buayafriend yang dimaksudkan oleh Misya. Gadis itu memang kaya dengan frasa-frasa tambahan sekaligus merangkul gelaran perosak bahasa!
‘’Nazrinlah! Aku terserempak dengan dia masa balik dari kafe tadi. Dia suruh aku panggil kau turun bawah. Hmm, biasalah. Dah lama tak jumpa, mestilah terasa rindu dan kangen bangat sama gelifriendnya,’’ usik Misya dalam loghat bahasa Indonesia.
‘’Kau ni memang geduklah!’’ Sebiji bantal dibaling ke muka Misya sebelum dia beredar keluar dari bilik.
)))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
‘’APAHAL tak beritahu aku nak datang?’’ soal Airis sejurus tiba di hadapan Nazrin. Lelaki itu kelihatan segak mengenakan seluar jeans dan t-shirt yang dikenakan dengan jaket kelabu yang dipakainya. Hai, Mamat ni.. Bergaya bukan main lagi. Takkanlah semata-mata nak datang jumpa aku, pakai segak macam ni? Bisik hati Airis sambil memerhati penampilan Nazrin dari atas sehingga ke bawah.
‘’Aku datang ni nak jumpa Nazia. Hari ni birthday dia. So, aku nak ajak dia keluar sekejap. Dah terlanjur kat sini, aku jumpalah kau sekali. Lagipun dah lama kita tak jumpa,’’ jelas Nazrin sambil menguntum senyum. Memang sudah lama dia tidak bersua muka dengan Airis. Maklumlah masing-masing sibuk dengan pembelajaran sendiri. Tambahan lagi, mereka sudah berada di tahun terakhir.
‘’Oh.. Tak tahu pulak aku hari ni birthday dia. Korang nak celebrate kat mana?’’ soal Airis cuba mengawal ekspresi wajahnya. Entah kenapa dia berasa kurang senang mendengar apa yang disampaikan oleh Nazrin sebentar tadi sedangkan dia sudah sedia maklum mengenai hubungan Nazrin dan Nazia. Malah, dialah yang menjadi orang tengah antara Nazia dan Nazrin tatkala Nazrin menyuarakan isi hatinya untuk berkenalan dengan gadis dari Fakulti Pengurusan Perniagaan itu.
‘’Haa.. adalah.. rahsia.. Mana boleh bagi tahu kau. Wei, okeylah, aku pergi dulu. Nazia dah sampai tu. Nanti ada masa kita jumpa lagi. Bye!’’

‘’MALAM ni pukul 9 aku datang ambik kau. Kau tunggu kat bawah ya. Jangan lambat!’’ pesan Nazrin mengakhiri panggilan.
Hati Airis melonjak riang. Malam itu dia bersiap-siap lalu turun ke bawah menanti Nazrin. Lelaki itu berjanji untuk membawanya makan di luar. Sudah lama rasanya tidak keluar bersama lelaki itu. Seingatnya, semester kali ini dia dan Nazrin belum pernah meluangkan waktu bersama. Lelaki itu asyik berkepit dengan buah hatinya sahaja.
Jam tangan Casio pemberian Nazrin ketika hari lahirnya tahun lepas ditenung seketika. Waktu baru menunjukkan pukul 8.30 malam. Sengaja dia turun awal-awal ke bawah. Biasanya Nazrin akan tiba awal sebelum waktu yang telah dijanjikan. Sifat Nazrin yang satu itu sudah diketahui sejak dari kecil lagi.
Masa terus berlalu. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 9 malam. Kelibat Nazrin masih tidak kelihatan. Airis semakin keluh-kesah menanti di perkarangan kolej kediamannya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
‘’Hello, Airis. I’m truly sorry. Aku ada hal sikit dengan Nazia ni. Sorry weh. Lain kali aje aku belanja kau makan ya?’’
‘’Kenapa tak cakap awal-awal?’’ soal Airis sedikit geram.
‘’Aku betul-betul terlupa..’’
Airis diam tidak terkata. Jawapan Nazrin amat mengecewakannya. Mudahnya lelaki itu melupakan janji.
‘’Hmm, tak apalah.. Kau ada hal nak buat macam mana,’’
‘’Okey. Lain kali ya kita keluar.’’ Talian dimatikan.
Sejak dari peristiwa itu Airis semakin jarang mendengar khabar berita dari Nazrin. Biarpun sekampus, namun dia sudah tidak pernah terserempak dengan lelaki itu. Lelaki itu seolah-olah telah lenyap dan tidak lagi wujud. Ke mana perginya Nazrin?
Satu hari segala persoalan di kepalanya mengenai Nazrin terjawab. Lelaki itu menghubunginya dengan menggunakan nombor telefon baru. Lelaki itu memberitahunya satu perkhabaran yang amat mengejutkan. Nazrin dan Nazia sudah bertunang beberapa minggu yang lalu tanpa terlebih dahulu memaklumkan kepadanya.
‘’Nazrin, kenapa tak cakap kat aku kau nak bertunang?’’ soal Airis perlahan cuba mengawal getar pada suaranya. Terasa longlai jasadnya menerima berita tersebut. Dan terasa dirinya diketEpikan sebagai teman yang paling rapat.
‘’Sorry Ris. Aku tak sempat nak bagi tahu kau. Family aku dengan family Nazia plan benda ni tanpa pengetahuan kami. Bila aku balik rumah aje, tengok semua hantaran pertunangan dah siap. Kemungkinan lepas grad, I’m getting married with her. But don’t worry I promise, you will be the most special guest on my wedding later. Okay?’’ Suara Nazrin benar-benar ceria.
Gembirakah aku menerima semua ini? Ya ALLAH! Sedarkanlah aku pada hakikat yang dia hanya sahabatku...

SUASANA di food court KLCC kelihatan sesak dipenuhi dengan orang ramai yang ingin menjamu selera. Airis dan Misya sibuk menjenguk ke sana ke sini untuk mencari meja yang kosong. Akhirnya mereka memilih sebuah meja yang berhampiran dengan tingkap kaca yang memaparkan permandangan taman KLCC.
Sedang menjamu selera tiba-tiba Misya bersuara. ‘’Airis, tu bukan ke Nazia?’’
‘’Mana?’’ Cepat-cepat Airis menghalakan pandangannya ke arah pandangan Misya. Dia terperanjat tatkala melihat Nazia bersama seorang lelaki yang tidak dikenali berada di meja tidak jauh dari situ. Hubungan mereka kelihatan begitu mesra. Tiba-tiba lelaki itu memeluk bahu Nazia.
Airis dan Misya saling berpandangan.
“I think you should tell Nazrin about this. Depan tunang, bukan main baik. Rupa-rupanya kat belakang ada affair dengan lelaki lain!’’ bicara Misya beremosi.
Airis tidak memberi sebarang komen. Dia terus menjamah makanan. Dia berpura-pura tidak mengendahkan kata-kata Misya.
“Airis, kau dengar tak aku cakap ni?’’
“Dengar..’’ balas Airis acuh tidak acuh. Sebenarnya dia malas masuk campur tentang hal peribadi Nazrin. Lelaki itu bukan lagi seperti dahulu sentiasa ingin berkongsi apa sahaja cerita dengannya.
))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
DAMAI dan tenang persekitaran Tasik Titiwangsa petang itu. Nazrin dan Airis sama-sama duduk menghadap tasik sambil memerhatikan gelagat orang ramai di sekeliling.
“Kau cakap ada benda nak beritahu aku. Apa dia?’’ soal Nazrin sambil memandang tepat ke wajah Airis. Gadis itu tampak tenang dan bersahaja.
“Kalau aku cakap ni, kau jangan terkejut. Niat aku cuma nak sampaikan perkara yang aku tengok dengan mata kepala aku sendiri. Pasal tunang kau..’’
“Nazia? Kenapa dengan dia?’’ Kening Nazrin bertaut menzahirkan rasa hairan di hati.
‘’Aku nampak dia dengan sorang laki kat KLCC semalam.’’
Nazrin terpempan. Dia seakan-akan tidak percaya. ‘’Jangan nak buat cerita, Airis. Tak mungkin Nazia buat benda macam tu kat aku.’’
‘’Astarghfirullah.. Takkan aku nak buat cerita. Aku sendiri nampak lelaki tu peluk bahu dia. Kalau kau tak percaya, kau tanya Misya! Masa tu Misya pun ada sama.’’
‘’Aku tak percaya.. Nazia is not that kind of person!’’ ujar Nazrin membela tunangnya. Dia bangun menghadap Airis yang masih duduk.
Airis mendongak. ‘’Terpulanglah, Nazrin.. Aku beritahu kau sebab aku tak nak kau ditipu hidup-hidup oleh Nazia. She’s not honest in your relation!’’
‘’Stop Airis! Aku tahu selama ni kau cemburukan Nazia. Sebab tu kau buat cerita macam-macam sebab nak pisahkan dia dari aku.’’
Airis terkejut dengan tuduhan Nazrin. Bulat matanya memandang lelaki itu. Perlahan-lahan dia bangun. ‘’’Hei, apa faedahnya aku buat macam tu?’’
‘’Kau memang tak sukakan Nazia kan? Kau ingat aku tak tahu? Nazia dah cerita macam-macam kat aku pasal kau. Sudahlah wei, aku takkan terpengaruh dengan cerita rekaan kau tu!’’
))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
‘’IT looks like Nazia has influenced Nazrin’s mind and told him something bad about you, Airis. Budak tu memang bermasalahlah!” getus Misya meriakkan wajahnya geram.
‘’I’m barely know him, Sya..’’ tutur Airis berserta air mata yang berambaian menuruni landas pipinya. Segala kata-kata kasar dan tuduhan yang dilemparkan oleh Nazrin siang tadi masih jelas terngiang-ngiang di telinganya. Selama ini belum pernah Nazrin menengkingnya sedemikian rupa.
Dan paling yang tidak mampu diterimanya, lelaki itu sudah tidak mempercayainya. Nazrin seakan-akan sudah lupa akan persahabatan yang telah terjalin sekian lama bersamanya. Airis benar-benar kecewa. Benar Nazia itu tunangnya. Namun antara dia dan Nazia, Nazrin lebih dahulu mengenalinya. Lelaki itu harus lebih mengerti hati budinya dan tidak patut melemparkan tuduhan yang bukan-bukan. Benar kata orang, masa itu merubah manusia..
)))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
‘’NAZIA! Watchout!’’
Bangg!! Satu kereta merempuh Nazia.
Airis tergamam dengan apa yang sedang berlaku di depan matanya. Sekujur tubuh sudah terlentang di tengah-tengah jalan berhampiran dengan Dewan Chanselor. Dia belari mendapatkan Nazia.
Pemandu kereta tadi segera kluar. Wajahnya benar-benar kelihatan kaget dan terkejut.
‘’Abang, tolong. Kita bawa dia ke hospital sekarang!’’ pinta Airis cemas kepada pemilik kereta yang merempuh Nazia.
Tubuh Nazia diangkat. Gadis itu sudah tidak sedarkan diri. Ya ALLAH, selamatkanlah dia..

SUASANA di dalam wad sepi. Yang kedengaran hanya bunyi penyaman udara dan mesin denyutan jantung yang dihubungkan ke tubuh Nazia. Nazia masih tidak sedarkan diri. Menurut doktor, kepalanya mengalami hentakan yang kuat dan menyebabkan dia koma untuk sementara waktu ini.
Masih segar di ingatannya pada peristiwa sebentar tadi. Nazia tiba-tiba muncul meluru ke arahnya. Gadis itu memaki hamunnya dengan pelbagai kata kesat dan memberi amaran kepadanya supaya tidak lagi mendekati Nazrin. Namun, mana tahu sebaik sahaja puas melampiaskan amarah kepada Airis, Nazia ditimpa kemalangan ketika cuba melintasi jalan.
‘’Nazia!’’
Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Wajah Nazrin terjengul di muka pintu. Lelaki itu tertegun seketika di situ.
“Nazrin..’’ Airis bangun perlahan-lahan. Dia beredar ke hujung katil.
‘’Apa yang kau dah buat kat tunang aku hah?!’’ tengking Nazrin tidak semena-mena.
Airis tergamam. ‘’Apa kau merepek ni, Nazrin? Nazia accident..’’
Tiba-tiba Nazrin meluru ke arahnya. ‘’Kau cuba nak bunuh dia kan? Cakap! Kau nak bunuh Nazia kan?!’’ Bahu Airis dicengkam kuat.
‘’Hei lepaslah!’’ Tangan Nazrin ditepis sekuat hati. Namun sekali lagi bahunya menjadi mangsa.
‘’Kau memang busuk hati, Airis. Kau jahat!’’ pekik Nazrin lagi.
‘’Nazrin.. Sakit..’’ ucap Airis perlahan sambil mengalirkan air mata. Cengkaman tangan Nazrin benar-benar menyakitkan tubuhnya.
‘’Kau berambus dari sini! Aku tak nak tengok muka kau! Pergi berambus! Kau sial! Kau perosak!’’ hambur Nazrin bagaikan orang yang sedang dirasuk. Tubuh Airis ditolak ke tepi.
Airis terpaku seketika di situ. Air matanya semakin laju mengalir. Dia tidak menyangka Nazrin sanggup menengking dan memperlakukannya sedemikian rupa. Dipandang lelaki itu seketika.
‘’Aku kata berambus!!’’ Tubuh Airis ditolak sehingga keluar dari pintu. Tidak mampu menahan rasa, Airis menangis semahu-mahunya di situ. Benarkah apa yang telah berlaku ini? Benarkah itu Nazrin yang dia kenali selama ini? Sungguh, perasaan seperti dirabak-rabak saat itu. Perlahan-lahan dia melangkah meninggalkan wad tersebut bersama air mata yang mengiringi pemergiannya.

1 tahun kemudian..
“KAU nak apa lagi?!’’ tengking Misya tatkala melihat wajah Nazrin terjengul di muka pintu rumahnya.
“Misya, aku nak tanya pasal Airis. Kau tahu dia kat mana sekarang?’’
“Kau nak buat apa lagi cari dia? Tak puas lagi ke kau dah maki hamun dia? Tak cukup lagi kau dah halau dia, hina dia macam-macam? Hah? Tak ingat semua tu?!” hambur Misya terus menerus.
“Aku tahu.. Aku bersalah dengan dia. Aku tahu selama ni aku dah bersangka buruk dengan dia. Aku nak jumpa dia, aku nak minta maaf pada dia. Mana dia, Misya? Please let me see her,’’ rayu Nazrin lagi. Sungguh dia begitu kesal dengan kejadian setahun yang lalu. Betapa tegarnya dia menengking gadis yang pernah menjadi teman rapatnya sejak kecil itu. Sedikit pun tidak ada rasa bersalah di hati sehinggalah Nazia membuka cerita yang sebenar.
"Sudahlah, Nazrin. Kau balik ajelah.”
"Tolong, Misya.. Tolong beritahu aku dia kat mana sekarang.’’
“Wherever she is, there’s nothing to do with you. Kau ada hidup kau sendiri right? So, go on with your life.”
"Misya, aku rayu pada kau. Berilah aku peluang untuk tebus dosa aku pada dia. Sekurang-kurangnya kau kasilah aku nombor telefon dia. Itu pun dah cukup,’’ rayu Nazrin cuba memujuk Misya.
Misya terdiam. Timbul pula rasa kasihan di hatinya melihat wajah Nazrin saat itu. Namun mengapa lelaki itu tegar memaki hamun Airis satu ketika dahulu? Tidakkah dia ingat, Airis itu adalah temannya yang paling rapat? Hanya kerana cinta, dia sanggup mengetepikan gadis itu.
“Nazrin, Airis cintakan kau! Selama ni dia dah banyak berkorban untuk kau tapi kau tak pernah nampak semua tu. Hari-hari aku nampak dia menangis sebab kau. But you were too much. Kau buta dengan cinta Nazia, kau singkirkan dia dari hidup kau. Kau lemparkan kata dia macam-macam! Kalau kau nak tahu dialah yang selamatkan Nazia masa kemalamgan tu. Tapi apa yang kau cakap kat dia? Kau tuduh dia cuba bunuh Nazia sebab cemburu. Dah lama mana kau berkawan dengan dia? Patutnya kau paham hati perut dia! Mana kau letak hati dengan perasaan kau masa tu?! She was suffering a lot because of you and I don’t want you to hurt her anymore. Cukuplah sekali kau hina dia dulu.’’
Nazrin terpana. Kenyataan yang disingkap Misya sukar untuk dipercayai. Benarkah selama ini Airis mencintainya?
"Nah.. Ni surat dia tinggalkan untuk kau. Just read it. You will know everything from the outset until the last..’’
Sekeping sampul surat coklat sudah berada di tangan Nazrin. Selepas mengucapkan terima kasih, dia terus beredar lalu memecut keretanya meninggalkan perkarangan rumah Misya.
))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
“AIRIS LIYANA...”
Perlahan suara itu menampar gegendang telinga Airis. Siapakah gerangan yang memanggil nama penuh aku ni? Airis berpaling ke belakang. Dia tersentak tatkala melihat entiti seseorang yang amat dikenali sedang berdiri tidak jauh darinya.
Nazrin mengorak langkahnya menghampiri Airis. Gadis itu kelihatan begitu berbeza dengan citra bertudungnya. Namun begitu, dia masih ingat seraut wajah milik Airis. Wajah itulah yang saban malam menganggu tidurnya. Selama setahun dia hidup di dalam keresahan kerana perkara yang pernah dilakukan terhadap gadis tersebut.
Demi melihat wajah itu, Airis segera mengatur tapak untuk beredar dari situ. Pinggir pantai ditinggalkan.
“Airis..’’
Tidak dipedulikan panggilan Nazrin dari arah belakang. Kakinya terus laju menderap langkah.
‘’Airis, tunggu!’’ Tiba-tiba tangannya diraih.
‘’Eh apa ni?!’’ tengking Airis sambil menepis tangan lelaki itu. ‘’Kau ni siapa hah?!’’ tengking Airis kembali mengatur tapak.
“Airis.. Aku tahu aku banyak buat salah dengan kau selama ni. Aku datang sini nak minta maaf.’’
“Hei, apa yang kau merapu ni? Do I know you?’’ soal Airis sinis. Dia berpeluk tubuh dan kemudian berpaling semula menghadap laut.
“Airis, aku ni.. Nazrin Syah.. Takkan kau dah tak cam aku?’’
Airis merenung Nazrin dari atas hingga ke bawah. Wajah pemuda itu direnung jelik.
“Aku nak mohon ampun atas apa yang dah aku buat pada kau sebelum ni. Aku betul-betul menyesal dengan tindakan aku dulu. Aku dah salah sangka dengan kau. Aku tuduh kau bukan-bukan. Hari ni aku datang untuk mintak maaf pada kau. Aku nak tebus balik salah silap aku selama ni,’’ bicara Nazrin perlahan dan teragak-agak.
“Hei mangkuk! Buat apa lagi kau datang cari aku? Aku ni kan perosak, sial, pembunuh.. Kau tak takut ke kalau aku musnahkan hidup kau?! Sudahlah wei. Kau boleh bla, berambus and get lost,” maki Airis berterusan.
Kasar bahasa yang dilemparkan oleh Airis kepadanya. Namun Nazrin tetap bersabar. Wajar gadis itu menghamburkan kemarahan itu. Memang dia yang silap selama ini. Namun apa-apa pun dia nekad untuk memohon maaf dari gadis itu. Tambahan lagi, kehadiran surat tinggalan Airis menyuntik lagi semangatnya untuk menjejaki gadis itu. Segala rahsia yang terpendam selama ini sudah diketahui. Airis mencintainya.. Dan paling tidak disangka dalam diam gadis itu sudah menaruh perasaan itu sejak mereka berusia lima tahun lagi.
“Nazia dah bagi tahu aku semuanya. Selama ni memang aku buta. Sebab terlalu sayangkan Nazia. Aku lupa kau kawan baik aku. Lepas kemalangan tu, Nazia koma sebulan. Lepas dia sedar, dia beritahu aku tentang hal sebenar yang berlaku. Dia mengaku sepanjang dia bergelar tunang aku, dia selalu keluar dengan sorang laki. Laki tu bekas boyfriend dia dulu. Mungkin laki tu lah yang kau nampak. Tak lama tu, kami putus dan ikut haluan masing-masing,’’ cerita Nazrin panjang lebar.
“Dah? Habis semua dah cerita kau?” soal Airis sinis.
Nazrin tercengang. Terkebil-kebil matanya memandang Airis.
“Anyway Encik Nazrin, aku tak berminat nak dengar cerita merapu kau tu. Aku rasa baik kau pergi dari sini. Antara kita dah tak ada apa-apa. It’s all over!’’ Airis mengatur tapak. Dia mahu segera pergi dari lelaki itu. Biarpun jauh di sudut hati rasa rindu begitu mencengkam sanubari. Namun dia juga manusia biasa yang mempunyai ego dan ego itu harus dipertahankan demi sebuah maruah yang pernah dihina satu ketika dahulu.
“Fine.. It’s all over.. Tapi macam mana dengan cerita dalam surat ni? It’s not over just yet.”
Langkah Airis mati lalu dia berpaling kembali. Matanya menangkap sekeping sampul surat yang ditunjukkan oleh Nazrin.
“Surat ni bicara hati kau kan?’’ sambung Nazrin lagi.
“Mana kau dapat surat ni?!” Sampul surat itu dirampas kasar.
“Itu semua tak penting, Airis. Yang penting isi surat ni..’’ bicara Nazrin perlahan.
Nafas Airis turun naik saat itu. Benar, segala rahsia hatinya terhadap Nazrin selama ini termaktub di dalam surat itu. Entah kenapa dia tidak berani menentang pandangan Nazrin ketika itu. Lantas pandangannya dilarikan ke arah lain.
‘’Kenapa kau tak pernah beritahu aku tentang hal ni, Airis?’’
Airis mematung di situ. Suara Nazrin menggetarkan nalurinya dan seolah-olah menyiram kembali benih cinta yang sudah lama mati di raganya.
"Airis Liyana, please say that you love me. Aku nak dengar dari mulut kau sendiri,’’ pinta Nazrin mengharap.
Airis memanggung wajahnya lantas mendongak memandang Nazrin. Pandangan redup lelaki itu seolah-olah menyejukkan hatinya yang sedang hangat. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Matanya sudah berkaca saat itu. ‘’Tak ada gunanya, Nazrin. Untuk apa? Perasaan tu hanya aku yang rasa, bukan kau. Pergilah dari sini. Leave me alone. Sekarang kau teruskanlah hidup kau dan tak perlu cari aku lagi. Sebenarnya aku dah lama maafkan kau. Kau aje yang tak tahu,” ucap Airis bersuara lirih. Air mata yang ditahan gugur juga akhirnya. Apa ertinya jika hanya dia yang menyayangi lelaki itu sedangkan sanubari lelaki itu sifar terhadapnya?
“Airis, kalau aku biarkan kau pergi, sama macam aku musnahkan masa depan aku sendiri. Memang sebelum ni aku hanya anggap kau sebagai kawan dan tak lebih dari tu. But after I read your letter, I realize, my future is in your hand. Bahagia aku hanya ada pada kau, Airis’’ tutur Nazrin lagi.
Airis memalingkan wajahnya menghadap wajah Nazrin. “Aku tahu surat tu baru aje sampai ke tangan kau. Tak mungkin dalam masa yang singkat perasaan kau boleh berubah. It’s okay Nazrin. Waktu dah mengajar aku untuk terima hakikat. Jangan kerana dosa kelmarin, kau korbankan perasaan kau sendiri.”
‘’Don’t need to wait for a long time to fall in love. Sometimes one second is just enough to have the feeling. I love you too, Airis.”
Lafaz kasih itu terhembus bersama semilir petang yang menyapa dan Pantai Teluk Chempedak menjadi saksi sidjara episod permulaan ceritera cinta mereka.
Written By,
_Liyana Zahim_

No comments:
Post a Comment