nuffnang

Tuesday, March 24, 2009

DARINYA

Anugerah rasa ini,
Kurniaan titip kasih darinya,
Tiada ikrar lisan,
Berlalu dengan bicara hati,
Permulaan dengan pengirim maya,
Berterusan dengan sekadar suara,
Berbahasa tanpa bersemuka,
Kerana-NYA,
Aku mampu menilai dalam realiti,
Mendengar suara nyata,
Mentaksir setiap pandangan,
Melihat semua renungan,
Setiap zaman yang mengisi hayat,
Tiada ruang untuknya menjelajah naluri,
Cahang jiwa buatnya,
Sifar citra istimewa tentangnya,
Kelahiranku,
Bukan untuk mendengar luahannya,
Namun,
Kelahirannya untuk menutur satu rasa,
Melewati detik yang akur,
Sesekali sepi,
Seketika sunyi,
Ingin pergi,
Rantai tulus dan kudus setia,
Mengikat niat,
Kerana darinya,
Ada rindu tercipta,
Bermukim di sini,
Tanpa darinya,
Bahagiaku penaka angan yang hilang,
Semilir rindu darinya,
Menguak perlahan jendela nubari,
Hayat yang dipinjam,
Namanya sahaja,
Semoga,
Bertaut kasih itu selamanya,
Kini aku tahu,
Segalanya harus darinya dan juga dariku…

Liyana Zahim
3.23pm
Tuesday
24 March 09
IIUM, Gombak…

No comments: