Cetusan Jiwa Seekor Kucing..
Langkah-langkah yang diperhati,
Terlihat wajah-wajah saat aku mendongak,
Ekspresi yang bervariasi,
Entitiku yang seakan-akan tidak kelihatan,
Suara kecilku barangkali tenggelam,
Langkah sumbang diteruskan,
Mengensot kesinambungan gerakan derita di sepanjang jalanan ini,
Sepasang mata yang hanya bisa berkedip lemah,
Lecet parah di tubuh,
Melemahkan kudrat jasad kecilku,
Diperlaku sadis makhluk tidak berjiwa,
Hanya kerana bersuara untuk sisa kudapan...
Zikirku yang berterusan,
Bergerak di Bumi PENCIPTA-ku
Tubuhku yang berlumar debu,
Menambah jijik pada mata-mata yang menoleh,
Naluri keinginan yang tak pernah dipeduli,
Rintihanku yang tak mampu didengari,
Terjengkang lagi aku ditendang,
Terperosok di sudut sarap,
Menggelepur bisa mengejangkan tubuh,
Seakan meremukkan tulang-belulang yang menampung tubuhku,
Itulah harga sebuah nilai buatku,
Kesekian kali mengagahi kudrat,
Menapak ke destinasi lindungan,
Lorong-lorong barzakh yang dipenuhi kejerihan ditinggalkan,
Meneruskan kembara yang seterusnya...
Jiwa-jiwa ciptaan-NYA yang sempurna,
Kewajaran akal, kesempurnaan minda,
Namun seperti semakin jahil dan kejam,
Dalam mentakrif pengisian satu keriwayatan,
Apa dosaku sebagai pengemis jalanan?
Bahasaku yang tersekat,
Mustahil para bijak pandai itu tak mampu menginterpretasinya,
Bukan pintaku aku dicipta menjadi aku,
Apatah lagi menagih simpati sepanjang aku bernyawa..
Wahai jasad-jasad yang berakal,
Mana letak takhta fikrahmu?
Ke mana hilang mahkota sanjungan budi?
Walau asbab kejadian aku dan kalian tidak sama,
Asasnya,
Tiada beza istilah kewujudan kita,
Bernafas pada udara yang sama,
Berpijak di atas Bumi yang satu,
Menghayun langkah menghala ke depan,
Menjunjung langit yang berlapisan Loh Mahfuz dan Baitul Izzah,
Dan tercipta kerana kehendak-NYA,
Pinta hati kecilku,
Izinkan aku menumpang,
Sebagai roh yang DIA tiupkan untuk bertapak di sini,
Melengkapi hidupan di tanah ILAHI,
Gema suara hati kecilku,
Usahlah dipijak,
Janganlah ditendang,
Fahamilah bahasa tubuhku,
Aku tidak meminta kalian merenung mataku,
Jauh sekali membelaiku,
Namun,
Berikanlah sebuah perlindungan,
Suakan barang sedikit sisa buangan santapan,
Buat aku bernafas untuk keesokan hari,
Tumpahkanlah belas buatku...
Liyana Zahim
10.48 p.m.
Tuesday, Nov 13th 2007...

No comments:
Post a Comment