nuffnang

Sunday, August 10, 2008

ARMEL AESYA


TUMPUAN Aesya teralih seketika pada sekeping gambar yang ditampal di papan kenyataan kecil di meja studi. Ketika itu jari jemarinya sedang lincah menaip sesuatu di blog peribadi miliknya. Untuk beberapa saat dia menatap gambarnya bersama tiga lelaki yang merupakan teman rapatnya di kampus itu. Dia tersenyum sendirian melihat aksi yang digayakan oleh mereka. Berlatar belakangkan panorama air terjun, gambar itu kelihatan cukup cantik di matanya. Di bawah gambar tersebut, dia mencoretkan beberapa bait kata; “Kwn2 yang plg best; E-han (Pakar Tidur), Jib (Pakar Pemakanan) & Pejol (Pakar Sengih)..”
“Wei ngok, mana makanan aku?” soal Aesya bercekak pinggang memandang Azif yang sedang menjamah sandwich di gerai Nescafe bersebelahan perpustakaan. Lelaki itu mengangkat muka. Tersengih-sengih dia memandang Aesya.
“Kau ni memang! Kalau makan, lupa bumi, lupa alam, lupa terus kawan!” bebel Aesya dan kemudian berlalu ke kaunter untuk membeli sesuatu.
“Cha!” Tiba-tiba bahunya diketuk dengan satu objek keras. Serentak dia berpaling. Seraut wajah Faezrul menjadi tatapannya. Lelaki itu tersengih lebar sampai ke telinga.
“Haa, kau ni apahal? Tak reti nak bagi salam dulu? Kalau muka aku terjunam kat dalam air Milo ni siapa nak bertanggungjawab?” marah Aesya geram dengan perilaku hokhak sahabatnya yang satu itu.
Selepas membeli makanan, mereka mengambil tempat di meja tempat Azif berada.
“Ni, member kau yang gemilang, terbilang, telur tembelang tu mana?” soal Aesya sambil merenung tepat ke dinding wajah Faezrul.
“Overslept.. Kelas pukul 2 baru datang. Tadi pun aku yang tolong sign attendance dia,” beritahu Faezrul sambil mengacau-ngacau Coklat panas di cawannya.
Aesya sekadar menggeleng kepala. Bagus budak-budak ni...
Puyeng kepalanya memikirkan sikap rakan-rakannya itu. Sejak dari sekolah mereka bersahabat baik. Syukur mereka masih diberi peluang meneruskan pengajian di universiti yang sama. Biarpun masing-masing mengambil jurusan yang berlainan, hubungan mereka masih seperti dahulu. Hanya Faezrul dan Ilhan yang mengambil jurusan yang sama iaitu undang-undang. Azif pula mengambil jurusan kejuruteraan dan dia pula mengambil jurusan perakaunan.
Bagi Aesya, dia lebih selesa berkawan dengan mereka dari kawan-kawan perempuan yang lain. Entahlah kenapa jiwanya begitu serasi dengan mereka bertiga. Walaupun ada ketikanya mereka sering bertegang leher namun hal itu tidak pernah membinasakan perkawanan yang sudah sekian lama terjalin itu.
“Cha, Cha..”
“Apa dia?” Aesya berpaling memandang Azif yang berada di belakangnya.
“Ko tolong pegang ni kejap. Aku nak pergi toilet,” pinta Azif seraya menghulurkan beg dan buku-bukunya kepada Aesya.
“Hee, kau ni.. Tulah, makan banyak lagi. Lepas tu mulalah tak nyempat...” Aesya menggeleng-gelelengkan kepalanya. Terbantut niatnya untuk membeli makanan di kafe. Dia kembali semula ke meja lantas melabuhkan punggung di situ. Seketika dia memerhati gelagat pelajar-pelajar yang lalu-lalang.
Tiba-tiba telefon bimbit Azif berbunyi. Nama Ilhan tertera di skrin. Lantas panggilan itu dijawab.
“Wei, aku ni..” Aesya bersuara sebelum sempat Ilhan bersuara.
“Oit, kau kat mana ni? Aku telefon kau mahu 20 kali tapi tak jawab!” omel Ilhan di talian.
“Eh, alamak.. Aku silentlah.. Sorry sorry.. Kau kat mana ni?”
“On the way. Hah, nampak dah muka serabut kau. Aduss, hari-hari kena hadap muka kau.. Sehari tanpa kau tak boleh?” gurau Ilhan sambil ketawa.
Aesya berpaling ke tepi. Anak matanya menangkap seraut wajah Ilhan di celah-celah pelajar yang memenuhi ruang kafeteria. Di sebelahnya, kelihatan Azif yang sedang tersengih-sengih.
Seperti biasa, selepas kelas tengah hari mereka berempat akan berkumpul di kafeteria AIKOL untuk makan tengah hari.
Tidak lama kemudian, Azif muncul.
“Nak makan apa wei?” soal Faezrul sambil melabuhkan punggung di kerusi yang menghadap Aesya. Anak matanya melilau ke sekeliling kawasan kafe.
“Nasi ayam!” sahut Aesya persis seorang kanak-kanak kecil.
Serentak Faezrul, Ilhan dan Azif memandang ke arahnya.
“Heeee...” Aesya menayang gigi.
“Hee, aku hampok kang!” ujar Ilhan mengangkat tangannya ke muka Aesya. Gadis itu menjelir lidah. Setiap kali makan, antara mereka bertiga harus membelikan makanan untuk gadis itu. Alasan Aesya, dia ingin menjaga meja dan barang-barang mereka. Heh, banyaklah dia punya cekadak.
Setelah ketiga-tiga mereka beredar, Aesya mengelamun seketika sambil pandangannya tertancap pada ketiga-tiga sahabatnya itu. Siapa tahu di sebalik keakraban mereka, ada satu cerita yang begitu sukar dirungkai. Zahirnya mereka berempat kelihatan cukup rapat namun adakalanya hatinya saban hari gundah memikirkan konflik ‘dingin’ dirinya.
Sikap selamba yang ditunjukkan itu hanyalah lakonan semata-mata. Ah, plastikkah kemesraan yang ditunjukkan selama ini? Faezrul, Azif dan Ilhan masing-masing mempunyai kisah hati sendiri. Dan segalanya cukup merumitkan keadaan tatkala masing-masing ‘berdiam’ diri.
Sekeping kad kuning yang terselit di nota kuliahnya menarik perhatian. Pantas kertas nipis itu ditarik. Ada bait-bait bertinta hitam tertulis di permukaan kertas tersebut.

I’m Longing For U..
_Faezrul Remmy_


Serangkap kalimah itu membuatkan dia tidak mampu melelapkan mata malam itu. Tidak perlukan apa-apa penjelasan, dia sudah dapat mentafsir maksud di sebaliknya. Mana mungkin seorang kawan biasa akan meninggalkan nota seperti itu secara senyap-senyap. Tambahan lagi, dia mula dapat merasa Faezrul menyimpan satu perasaan terhadapnya. Cara lelaki itu berkata-kata adakalanya seperti membawa seribu satu mesej yang tersirat. Namun segalanya dihindarkan kerana lelaki itu sudah dianggap sama seperti abang sendiri.
Azif... Ketenangan lelaki itu ada ketikanya mendatangkan sesuatu yang asing. Namun yang pasti, rasa asing itu tidak pernah melanggar batas anggapan Aesya terhadap Azif. Kadang-kadang dia dapat melihat perilaku Azif yang seolah-olah ingin bersaing dengan Faezrul untuk meraih tumpuannya.
Namun, lain pula ceritanya apabila memikirkan tentang Ilhan. Sejak dari dulu dia dapat merasa ada satu ‘kelainan’ rasa terhadap lelaki itu. Namun Ilhan tidak pernah memberi sebarang respon. Malah, istimewanya Ilhan kerana dia memahami sepenuhnya konflik yang sedang berlaku di antara Faezrul, Azif dan Aesya.
“Cha, may I see you?” soal Ilhan sebaik sahaja panggilan dijawab.
“Aaaa...”
“Sekejap aje! Penting ni.” Ilhan seperti mendesak.
“Sekarang?” tanya Aesya sambil mengerling jam di meja studinya.
“Yup. Aku on the way ni... Kau pakai elok-elok sikit. Aku nak ajak makan kat luar ni.” Ilhan seperti memesan. Budak Aesya ni bukan boleh percaya. Kadang-kadang selamba sahaja dia keluar dengan pyjama tidurnya.
“Waaa, ada orang nak belanja ke? Boleh-boleh! Aku siap sekarang jugak. Tunggu kat gate belakang!”
“Wei wei.. Kau ingat kau puan besar? Duduk depan!”
“Aik? Aku ingat Pejol dengan Jib ada skali. Apasal dia orang tak ikut?”
Ilhan tidak menjawab. Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Cepat-cepat Aesya memboloskan tubuhnya di perut kereta Ilhan.
Ilhan hanya mendiamkan diri. Sesekali Aesya menjeling ke arah pemuda itu. Wajahnya tampak serius. “Kau kenapa ni? Diam aje...” soal Aesya ingin tahu. Dia dapat merasa lelaki itu seperti ingin memberitahunya sesuatu yang penting. Jika tidak, masakan wajahnya kelihatan begitu serius.
GEN 2 Ilhan terus meluncur laju meninggalkan perkarangan UIA. Dia terus memandu keretanya menuju ke Pusat Bandaraya.
“Nak pergi mana ni?” tanya Aesya sedikit hairan sebaik sahaja Ilhan terus memandu melepasi Restoran Mc’Donald di situ. Biasanya di situlah tempat mereka melepak.
“Kampung Baru...” jawab Ilhan tenang.
“Wei kau gila? Jauh tu! Nak balik pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa” soal Aesya sambil melihat jam di dashboard.
“Kita balik esok. Kan esok Sabtu?”
Aesya tercengang. Suka suki je Mamat ni. “Wei, patah balik! Aku tak naklah. Kita lepak kat Mc’D aje.”
Ilhan tidak mempedulikan kata-kata Aesya. Keretanya terus meluncur membelah jalan. Aesya tidak mampu berkata apa-apa lagi. Hanya menurut.
Aesya melabuhkan punggung di kerusi. Wajahnya tampak tenang biarpun hatinya cukup geram dengan perangai Ilhan malam itu. Dikerling jam di tangan. Pukul 10 malam. Orang ramai masih memenuhi kawasan gerai di situ.
Selepas memesan makanan Aesya menumpukan perhatiannya kepada Ilhan. Pemuda itu kelihatan keluh kesah. Seolah-olah sedang mengalami masalah yang cukup besar.
“Kenapa dengan kau ni E-han? Cuba kau beritahu aku apa sebenarnya masalah kau?” soal Aesya terlalu ingin tahu.
“Tok wan aku..”
“Haa, kenapa dengan tok wan kau?”
“Dia nak jodohkan aku dengan Erni. Aku tak tahu nak buat apa, Cha. Mak ayah aku pun tak faham.. Aku dah tak tahu nak cerita kat siapa.. Kau tahu kan family aku macam mana? Lagi-lagi Tok Wan tu ada heart attack.”
Aesya terdiam. Seketika wajah Erni terbayang di ruang mata. Gadis itu merupakan kenalan keluarga Ilhan sejak dari dulu. Dia pernah bertemu dengan gadis itu ketika di majlis perkahwinan kakak Ilhan.
“Kau terima ajelah.. Nak risau apa? Dia kan cantik, educated, lemah-lembut.. Almost perfect, E-han,” ucap Aesya perlahan. Namun di hatinya hanya TUHAN sahaja yang tahu. Rasa itu tidak pernah terlepas. Setiap kali cuba meluahkan, ada sahaja aral yang merintang. Akhirnya dia menetapkan keputusan sendiri, Ilhan itu sekadar sahabat baik. Dan tidak mungkin dia akan memilik lelaki itu kerana ada lagi hati lain yang perlu dijaga.
“Kesempurnaan tak menjanjikan cinta, Cha. Mana kau tahu dia macam tu? Jumpa pun baru sekali dua. Pandai-pandai kau meneka ya?”
Aesya tertawa kecil. “Aku agak aje. Tapi itulah yang aku nampak. E-han, kan cinta tu boleh dipupuk. Kau jugak yang pernah bagi tahu aku dulu. Kau nak yang macam mana lagi? Semua perempuan kau reject. Kalau nak cakap kau tu handsome, takdelah handsome sangatkan..” tutur Aesya selamba sambil tersenyum mengejek.
“Hee budak ni..” Kepala Aesya ditolak. Gadis itu mengekek ketawa.
“Dalam hidup ni, jangan takut untuk menerima. Sebab semua tu pilihan dari TUHAN. Mana tahu jodoh kau memang dengan Erni? Lagipun aku dah naik menyampah dengar masalah kau dengan budak tu. Kalau kau terima, tak payahlah aku nak tadah telinga ni dengar krisis hati dan perasaan kau tu.”
Ilhan membulatkan matanya. Hai, selamba benar Minah ni.. Namun dia tidak mengambil hati akan kata-kata Aesya. Tahu gadis itu memang spesis berterus-terang. Namun entah kenapa dia terasa dirinya ‘jauh’ dari Aesya. Ketenangan wajah Aesya menghentam hebat kolam hatinya.
“Aku tak boleh terima Erni. Fullstop! Cakaplah apa-apa pun kau nak cakap. Aku memang tak suka dia. Kalau aku terima dia pun sebab kesian, takde gunanya Cha.”
“E-han, this is not about kau suka atau pun tak. You need to think about your family. Tok wan kau tu.. Dia dah tua and of course dia nak kau terima perempuan yang dia suka. Lagipun orang cakap, pilihan keluarga tu lagi ideal sebab dia orang yang jaga kau dari kecik sampai besar. So, dia orang tahu apa yang sesuai, apa yang tak sesuai dengan kau. Ada paham?”
Ilhan mengeluh. Entah kenapa hatinya membengkak mendengar kata-kata Aesya. “Tak sangka kau ni memang tak paham aku.”
“Laaa.. kenapa pulak cakap macam tu? Did I say something wrong just now?”
“Kadang-kadang aku hairan kenapa Pejol dengan Jib tu ada hati dengan kau...”
“What do you mean?” soal Aesya kurang senang.
Ilhan tersenyum sinis. “Yes, compared to Erni, she is much more better than you. Kau ni nampak macam perempuan sebab kau pakai tudung aje, Cha.”
Menyirap darah Aesya mendengar kata-kata Ilhan. Setiap kali ada sahaja kata-kata Ilhan yang akan menyakitkan hatinya. Mulut memang tak ada insurans langsung! Sejahat-jahat mulut aku, tak adalah sampai nak menyakitkan hati.
“Thanks for judging me... And compared to Pejol and Jib, they are 500 thousand better than you! Kau tu mulut jahat! Tak reti nak jaga hati dengan perasaan orang. Wei sudahlah.. Kalau setakat nak bawak aku jauh-jauh semata-mata nak menyakitkan hati aku, baik tak payah! Buang masalah! Ni... Kau perabis semua ni. Aku takde selera nak makan!” Mangkuk Tom yam dan jus yang dipesan tadi ditolak ke arah Ilhan. Lantas dia bangkit.
“Cha...”
Gadis itu langsung tidak mempedulikan panggilannya. Terus menapak meninggalkan gerai. Ilhan mengeluh. Rasa bersalah bertakung di dada. Baru dia sedar, dia tidak harus menuturkan kata-kata seperti tadi. Lebih-lebih lagi membandingkan Aesya dan Erni. Namun entah kenapa, dia memang berniat untuk menyakitkan hati gadis itu.
Makanan yang dipesan tadi dipandang seketika. Seleranya juga mati. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berlalu. Harga makanan itu dibayar dan makanan itu turut dipulangkan semula.
Pintu kereta dihempas kuat menzahirkan rasa marahnya. Tanpa sebarang kata, Aesya terus menderap langkah meningalkan kereta Ilhan. Lelaki itu terdiam. Hanya mampu memerhati kelibat Aesya yang semakin hilang dan akhirnya lenyap dari pandangan.
“Cha, apahal?” Siku Aesya disiku Azif. Sejak dari tadi dia perasan sikap Aesya berubah tidak seperti biasa.
“Takde apa-apa. Laparlah...” Aesya menepuk-nepuk perutnya.
“Kau tak makan lagi ke?” soal Azif seperti mengambil berat.
Aesya menggeleng. Mulutnya terasa begitu berat untuk bersuara.
“Kau nak makan apa? Hari ni aku belanja.”
“Makan kau! Boleh?” pantas Aesya membalas.
Azif mengerut dahi. “Kau biar betul Cha.. Nak makan apa kat aku ni? Tulang belulang adalah..”
Aesya ketawa dengan lawak bodoh Azif.
“Hmm, Pejol mana?” Aesya mengalih topik.
Azif menggeleng-gelengkan kepalanya. “Kau ni dah kronik dah wei. Pejol kan balik rumah? E-han on the way.”
Demi mendengar nama itu, hati Aesya jadi sebal. Hee.. Nyampahnya!
Tiba-tiba Ilhan muncul lantas melabuhkan punggung di tangga di hadapan perpustakaan itu.
Aesya hanya membisu. Membuang pandang ke arah gelagat mahasiswa dan mahasiswi yang lalu lalang. Dia mengelamun seketika. Tiba-tiba telefonnya bergetar. Ada satu mesej diterima.

Face him without any expression.
I know you are an expert in this field.


Mesej dari Faezrul itu meruntun perasaannya. Apakah lelaki itu tahu tentang apa yang berlaku tempoh hari? Ah, teman yang satu ini ada sahaja kejutan darinya. Bisik hati Aesya sendirian.
“Wei, korang.. Aku balik dululah. Malam ni aku ada kelas. So, tak boleh lepak dengan korang. See you. Bye!” Aesya memungut buku-bukunya. Tanpa menoleh lagi dia terus menapak meninggalkan Ilhan dan Azif.
“Laa, balik pulak. Tadi cakap lapar,” omel Azif sendirian.
“Hmm, hati tak betullah tu,” ucap Ilhan bersahaja sambil menekan-nekan papan kekunci telefon bimbitnya.
Aesya membanting tubuhnya ke tilam. Rasa penat berjalan kaki tadi pelahan-lahan hilang. Anak matanya tertancap pada kipas yang berpusing dengan kelajuan sederhana.
Wajah Ilhan bermain-main di ruang mata. Betapa dia menahan rasa menghadap wajah lelaki itu sebentar tadi. Ilhan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Seperti selalu.. Jauh sekali ingin meminta maaf. Namun, dia tidak pernah mengharapkan semua itu kerana dia tahu lelaki itu cukup ‘keras’.

Cha, aku kat gate belakang ni. Turun jap.

Mesej dari Azif menganggu lamunannya. Dengan rasa malas, Aesya bangkit lalu mencapai selendangnya. Kelibat Azif dilihat sedang menanti di bawah pokok di luar pagar Mahallah Haleemah.
“Nah..” Tiba-tiba Azif menghulurkan sebungkus makanan kepadanya.
“Apa ni?” Aesya terpinga-pinga.
“Makanan untuk kau...”
“Eh tak apalah. Aku dah makan tadi. Baru aje lepas...” bohong Aesya.
“Cha.. Kalau kau tipu orang lain bolehlah. Dengan aku kau tak payah.. Ambik ajelah. Penat aku menapak ke kafe Econs tu semata-mata nak beli lauk kegemaran kau ni,” ucap Azif memperlihatkan muka seposennya.
“Ek elley.. Jangan nak mengada ei.. Econs tu depan kolej kau aje kot,” perli Aesya sambil mencebik.
Azif tertawa. “Dahlah.. Kau makan nasi tu, jangan tak makan pulak,” pesan Azif kemudian menghidupkan enjin motosikalnya.
Aesya mengangguk-angguk. “Thanks Jib. Love you very strong!” ucap Aesya sambil tersengih.
“Love you too...” Sempat Azif mengenyitkan mata sebelum memecut motosikalnya.
Aesya berdiri di situ sehinggalah bayang Azif hilang. Ada satu rasa yang tiba-tiba mengisi perasaannya tika itu. Apa yang dilakukan Azif benar-benar membuat dia berasa terharu. Jib, aku sayang sangat kat kau! Jerit Aesya dalam hati.
Poooonnnn!!
Hampir melompat Aesya tatkala mendengar bunyi hon kereta dari arah belakangnya. Huh! Aesya mengurut-urut dadanya. Lantas dia berpaling ke belakang. Sebuah kereta Satria Neo sudah pun berhenti di sisi jalan berhadapan dengan KIRKHS. Kurang ajar punya manusia! Nanti kau!
Aesya berdiri di sisi kereta tersebut. Menanti si pemilik itu keluar dan bersedia untuk memuntahkan amarahnya. Kalau aku ada sakit jantung, mahu mati keras aku kat tepi jalan ni! Bongek! Nama sahaja pelajar universiti tapi otak letak kat kepala lutut! Marah Aesya dengan hati yang membengkak.
Pintu kereta di buka. Seorang lelaki berkaca mata gelap keluar.
“Hoi!” sergah Aesya tanpa mengira siapa pun pemuda itu. Nak gaduh, gaduhlah. Eleh, macam aku tak biasa pulak.. Lagipun ada sebab untuk dia memuntahkan amarahnya. Lelaki itu tiba-tiba menekan hon kereta ke arahnya. Nak kata aku berjalan kat tengah jalan tidak, menghalang ruang parkir pun juga tidak. Dah cukup sopan dan ayu aku melangkah kat tepi laluan jalan kaki ni. Heh! Nanti kau!
“Armel Aesya..” Namanya disebut.
Aesya terpana seketika tatkala pemuda itu menanggalkan kaca matanya.
“Pejol?!”
Faezrul menayang gigi.
“Wuyyoo... Kereta baru ke?” Rasa marah yang berkumpul di dada tadi hilang serta-merta tatkala melihat wajah Faezrul.
“Jom naik! Aku hantar kau balik,” ajak Faezrul.
“Alah, dekat dah pun.. Takde kelas dah ke?”
“Cancelled.. Kau nak aku hantar ke tak ni? Aku dalam mood bermurah hati ni,” gurau Faezrul.
“Boleh, boleh.” Tanpa dipelawa lagi, Aesya terus membuka pintu kereta mendahului Faezrul.
Faezrul tertawa sendirian. Adakalanya sifat Aesya yang satu itu meghiburkan hatinya.
“Wei, wei, wei.. Nak pergi mana ni?” soal Aesya tatkala kereta Faezrul menghala ke pintu utama UIA.
“Kahwin...” Selamba Faezrul menjawab.
“Heee..” Aesya mempamerkan ekspresi geli.
“Eleh perasanlah tu.. Siapa nak kahwin dengan kau? Kita keluar jalan-jalan ajelah. Duduk dalam kampus tu bikin mendap kepala aje.”
“Amboi-amboi, begitu aman dan damainya hati kau ek? Tak tanya aku ada kelas ke tak lepas ni. Suka hati bawak aku keluar.”
“I know your schedule. Semua timing kau aku hafal ar, ngek,” ujar Faezrul bersahaja sambil menjeling Aesya sekilas.
Aesya terdiam. Entah kenapa tiba-tiba dia jadi bungkam. Dia tidak mahu soal hati dan perasaan menjadi isu antara mereka. Sepertinya Faezrul ingin menyampaikan sesuatu yang cukup tersirat. 10 tahun mengenali pemuda itu membuatkan dia cukup mengerti setiap gerak hati Faezrul.
“Cha, kau dengar lagu ni...” Tiba-tiba Faezrul menguatkan volume radio.
Lagu Lucky dendangan Jason Mraz dan Colbie Caillat berkumandang dari corong radio. Aesya memakukan pandangannya pada wajah Faezrul.
“Haa, kenapa dengan lagu ni?”
“Listen to the lyric.”
Aesya terdiam seketika. Cuba menghayati lirik lagu tersebut.

Lucky I'm in love with my best friend,
Lucky to have been where I have been,
Lucky to be coming home again,
Lucky we're in love in every way,
Lucky to have stayed where we have stayed,
Lucky to be coming home someday…

“Ohhh..” Aesya mengangguk kecil.
“Cha, kenapa kau susah sangat nak terima aku?” Terbangkit jua soal itu.
Aesya terdiam. Dia tidak tahu kata apa lagi yang perlu diungkap untuk menjawab soalan itu.
“Aku terima kau apa? Sebagai kawan?” balas Aesya tenang.
Faezrul mengeluh. “Maybe we don’t have to talk about this. I don’t want to spoil your mood. Okay, we’re friends forever. I’m so sorry..” sayu intonasi suara Faezrul.
“I love this friendship and I don’t want to perish it by choosing anyone of you. Please don’t waste the priceless 10 years,” ungkap Aesya begitu bermakna.
Hakikat yang diramal cukup menakutkan Aesya. Sejak dahulu dia sedar, seandainya dia memilih salah seorang dari mereka, hubungan itu tidak mungkin akan bertahan lama. Aesya tidak mahu kehilangan ketiga-tiga mereka.
Faezrul membisu. Tidak menjawab apa-apa. Dia cuba mengerti.
“To me, three of you are very valueable. Aku harap kau faham kedudukan aku..” sambung Aesya lagi.
Petang itu mereka menghabiskan waktu di Perpustakaan Negara. Rupa-rupanya ada sebab Faezrul membawanya keluar. Dia mencari journal di situ. Segala isu sebentar tadi dilupakan begitu sahaja. Masing-masing selesa berlagak biasa.
“Cha! Jib dengan E-han bergaduh!” beritahu Faezrul melalui panggilan telefon. Suaranya kedengaran cemas.
“Kat mana? Pasal apa?” soal Aesya turut cemas. Ketika dia baru sahaja keluar dari kelas.
“Tak tahulah aku. Okey, nanti apa-apa hal aku kasi tahu kau.” Talian dimatikan sebelum sempat Aesya bertanya lebih lanjut. E-han bergaduh dengan Jib? Aesya seakan-akan tidak percaya. Hatinya dipalu rasa bimbang.
Ilhan memecut keretanya laju meningalkan perkarangan Mahallah Zubair. Bekas tumbukan Azif di pipinya masih terasa perit. Namun, rasa dihati mengatasi segala rasa tersebut. Sampai di rumah sewa, Ilhan terus mengunci diri di dalam bilik. Dia berteluku di sudut bilik. Rahangnya ditekan perlahan. Dia mengaduh kecil.
Peristiwa tadi bermain semula di ingatannya...
“Apasalah kau nak back up Minah tu? Kau ingat dia tu baik sangat ke? Dah sudahlah wei.. Kau ingat aku tak tahu ke kau syok kat Cha tu? Ingat aku ni buta?”
Azif menahan rasa. Sabar selagi mampu bersabar. Dia arif benar dengan sikap sahabatnya yang satu itu.
“Aku bukan nak back up siapa-siapa. Kau fikirlah sikit.. Cha tu anak yatim. Mak ayah dah takde. Kau buat dia macam-macam. Bila ada masalah kau cari dia, bila kau seronok keluar dengan perempuan-perempuan lain, kau campak dia merata-rata.”
“Jangan nak tuduh sembarangan okey!”
“Tuduh? Wei, kalau kau rasa kau tak buta, aku jauh lagi celik dari kau. Yang aku nampak selama ni, kau buat Cha tu macam tunggul. Dia kata kau apalah sangat. Tak pernah nak menyakitkan hati. Tapi kau? Kau maki dia depan orang ramai, ketuk kepala dia... Fikirlah sikit.. Ni bukan zaman sekolah lagi... We’re big enough to think rationally..”
“Heh, kalau dah cinta...” Ilhan ketawa sinis. “Tapi kesian, tepuk sebelah tangan. Baguslah si Aesya tu reject kau awal-awal. Memang patut pun.. Sebab kau tu bengap. Perempuan tu lapar, kau bagi makan, perempuan tu menangis, kau sibuk nak jadi pendengar setia. Konon nak tunjuk caring tapi hampeh!”
Buukkkkk! Sebiji penumbuk tidak semena-mena singgah di mukanya.
Sebagai balasan, Azif juga turut merasa penangan yang sama. Dan pergelutan mula berlaku.
Segala perkara, tindakan dan perilakunya terhadap Aesya selama ini hanya sekadar ingin meminggirkan satu perasaan yang disimpan selama ini. Adakalanya bukan niatnya untuk menyakiti, namun segala tindakan itu berlawan juga dengan perasaan sebenar. Dia puas melakukan semua itu kerana dia tahu Aesya kalis maki dan kalis segala-galanya. Anggapannya gadis itu baik-baik sahaja tapi rupa-rupanya hati Aesya sudah lama tercarik dengan segala sikapnya.
Aku sekadar ingin menjaga rumpun persahabatan ini tetapi mana tahu setiap kelakuan itu hanya melukakan hati Aesya. Ilhan terdesak dengan perasaan sendiri. Dia tidak mampu meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Aesya seperti yang dilakukan Faezrul dan Azif. Jadi, dengan cara itulah dia mengawal segala-galanya.
Aku cintakan Aesya! Perasaan itu tidak mampu dibohongi lagi. Namun gadis itu seakan semakin jauh dan semakin menjauh...
“Jib, tunggu!” laung Aesya sambil berlari mengejar Azif yang sedang mengorak langkah pantas menyusuri lorong menuju ke Kulliyyah Economics.
“Jib! Tunggu aku...”
Azif terus melangkah laju tanpa menoleh ke belakang. Aesya memanjangkan langkahnya. Akhirnya dia berjaya menyaingi langkah Azif. Lantas dihadang perjalanan temannya itu.
“Uih, semput aku.. Kau ni kenapa hah? Aku panggil kau buat tak dengar je. Pekak ke? Ni aku nak tanya kau kenapa kau bergaduh dengan E-han semalam?” soal Aesya dengan nafas yang turun naik.
“Hal laki, kau tak payah tahu...” jawab Azif mendatar.
“Laaa.. Apa ni Jib? Bagitahulah aku.. Takkan dengan aku pun nak sembunyi-sembunyi? Dari semalam aku call E-han, tak dapat-dapat. Mesej pending memanjang. Off phone kot. Ni nasib baik nampak kau kat library.. Tadi tu kau memang tak dengar aku panggil ke buat-buat tak dengar?”
Heee.. Banyak mulut betul budak ni! Namun entah kenapa perasaannya jadi sayu tatkala menatap wajah bening milik Aesya. Kalaulah Aesya tahu dia dan Ilhan bergaduh kerananya pasti jiwanya tidak akan tenang.
“Alaa, bergaduh biasa aje.. Sibuk aje nak tahu. Makcik kepoh!” gurau Azif lalu tertawa.
“Yelah, yelah aku tak tanya dah.. Sebenarnya aku nak mintak tolong kau. Malam ni kau free kan?” Aesya sudah tersengih-sengih.
“Macam biasa, lepas Maghrib, kat library.. Bawak calculator sendiri!” pesan Azif tegas.
“Eh, macam mana kau tahu ni?” Aesya ketawa mengekek. Memang itulah permintaannya. Meminta bantuan pada Azif untuk mengajarnya subjek matematik kerana sejak dari dulu lelaki itu cukup terkenal dengan kegeniusannya di dalam subjek matematik.
“Hmm, setiap urat kat dahi kau tu aku boleh bacalah.”
“E-han.. Kenapa kau macam nak jauhkan diri dari aku ek? Aku ada buat salah apa-apa ke?” soal Aesya ketika hanya tinggal dia dan Ilhan di meja makan. Azif dan Faezrul sedang membeli makanan.
“Laa, pahal pulak? Biasa aje? Aku busy sikitlah. Moot court, assignment lagi, class project.. Next sem nak practical dah.”
“Tapi Pejol tak busy mana pun aku tengok. Alasan.. Heh..” Aesya mencebik.
Ilhan tidak menjawab apa-apa. Sejak peristiwa bergaduh dengan Azif sebulan lalu, entah kenapa perasaannya jadi cahang pada rakan-rakannya. Sifatnya yang selalu ceria seakan-akan berubah murung. Tambahan lagi, kehadiran Erni di dalam hidupnya. Perempuan tu, bikin serabai hidup aku aje! Demanding dan manja tak bertempat! Kalaulah yang berada di tempat Erni itu ialah Aesya... Ah! Tak mungkin.
Tidak lama kemudian Faezrul dan Azif datang. Entah kenapa suasana antara mereka tampak dingin. Ilhan seperti dipinggirkan. Faezrul dan Azif sahaja yang dilihat bersembang sesama sendiri.
“By the way, I got something for three of you.. Jap eh..” Aesya mengeluarkan sesuatu dari begnya. Tiga kotak kecil yang diikat bersama riben berwarna emas dihulurkan kepada Ilhan, Faezrul dan Azif.
“Apa benda ni?” soal Ilhan sambil membelek-belek kotak kecil tersebut.
Aesya tersenyum meleret. “Adalah. Surprise!”
“Nak bukak sekarang boleh?” tanya Azif seperti tidak sabar lagi untuk mengetahui isi kandung kotak tersebut.
“Bukaklah..”
Ketiga-tiga mereka sama-sama membuka kotak tersebut. Gelagat mereka hanya menjadi perhatian Aesya.
“Wow!” Faezrul bersuara sambil menarik seuntai tali dari dalam kotak tersebut. Di tali itu tertulis dengan namanya; ‘PEJOL’. Dan ada satu patung beruang kecil yang digantung di hujung tali tersebut. Sama seperti Ilhan dan dan Azif. Masing-masing mendapat hadiah yang sama.
“Mana aje kau beli benda ni, Cha?” soal Azif sambil meneliti tali yang tertulis dengan namanya itu.
“Nama tu aku yang buat sendiri tahu? Amacam? Kreatif tak aku?” Aesya menjungkit-jungkitkan keningnya.
Ilhan, Faezrul dan Azif ketawa serentak. Gembira benar Aesya melihat sahabat-sahabatnya yang mula ceria. Baginya, tidak ada yang lebih bermakna selain melihat kegembiraan mereka. Azif, Faezrul mahupun Ilhan sama seperti saudara kandungnya. Dia tidak ada sesiapa lagi di dunia ini selain mereka bertiga.
Ibu dan ayahnya sudah lama meninggal dunia. Tambahan lagi, dia merupakan satu-satunya cahaya mata ibu dan ayah. Jadi, hanya pada mereka dia menumpang kasih.
“Cha, thanks...” ucap Ilhan perlahan sambil merenung tepat ke mata Aesya.
Aesya tersenyum senang. Entah kenapa perasaaannya benar-benar tersentuh mendengar perucapan penghargaan yang diungkapkan Ilhan sebentar tadi.
“Those are the symbols of our friendship. Jangan gaduh-gaduh. Aku buat sama lama sama buruk aje tu,” ujar Aesya persis seorang kakak.
“Kalau tak silap awak ni Erni kan?” Aesya menyapa seorang gadis di hadapan butik ZARA di KLCC.
Gadis itu terpinga-pinga sebentar. “Yes? Who are you?” Gadis berblaus singkat itu berpaling sambil membetulkan kaca mata hitam di atas kepalanya.
“Hei, have you forgotten me? I’m Aesya. Kawan E-han,” beritahu Aesya dengan penuh ceria.
“Oh, awak ke.. Hmm...” Erni memalingkan wajahnya ke tempat lain. Berpura-pura sibuk memilih baju di situ. Dia seperti kurang senang dengan kehadiran Aesya.
“Shopping sorang-sorang aje ke?” tanya Aesya ramah.
“Ada nampak siapa-siapa lagi ke kat sebelah saya ni?” balas Erni sinis.
Aesya masih mampu berlagak biasa. Seingatnya, Erni yang pernah dikenali dahulu merupakan seorang yang sangat peramah dan lemah lembut. Apasal nampak kerek pulak ni?
“May I join you? Cha pun sorang-sorang aje ni...” Aesya menawarkan dirinya untuk menemani gadis itu.
“No no it’s okay. I tak suka keluar dengan stranger. Lagipun I ada bodyguard I sendiri. Thanks for the offer,” balas Erni dengan ekspresi wajah yang cukup menjengkelkan.
“Laa, bukannya tak pernah kenal pun. Erni pun kawan pada kawan Cha jugak.”
Erni mula panas dengan perempuan di hadapannya. Menyibuk betul! “Kawan? Ni kawan siapa ni? I ni bakal tunang merangkap bakal isteri Ilhan okey?”
“Tunang? You guys nak bertunang ke?”
“Eh, apasalah you ni lembap sangat hah? Tu pun nak kena terangkan ke?”
Aesya terdiam seketika. Seingatnya tidak pernah pula Ilhan memberitahu dia akan bertunang dengan gadis itu. Yang dia tahu, keluarga mereka baru berniat ingin menjodohkan mereka.
“Okay. Sorry for disturbing you. Nice to meet you here. Okeylah, Cha balik dulu. Asslamualaikum.”
Aesya beredar meninggalkan Erni. Buat apa nak terhegeh-hegeh kalau orang tak suka. Namun sebal juga hatinya mengenangkan sikap Erni. Sombong gila!
“Cha!”
“Uih!” Melompat Aesya tatkala disergah dari belakang. Ketika itu dia sedang berlenggang menuju ke perpustakaan menyusuri kaki lima ITD.
Faezrul sudah ketawa terbahak-bahak di situ.
“Mangkuk hayun! Hah, ambik kau!” Dihayun begnya ke tubuh Faezrul namun sempat dielak oleh lelaki itu.
“Kau nak ke mana ni?”
“KLCC..” balas Aesya selamba sambil terus menapak menuju ke perpustakaan.
“Wei, betul-betullah...”
“Nak pulang buku sekejaplah. Ni apahal nak mengekor aku ni? Takde kerja lain?”
“Jom aku hantar kau balik hari ni. Kau dah tak ada apa-apa dah kan lepas ni?”
“Taklah. Aku nak pergi bertadarus kat masjid sekejap lagi.”
“Huyyo... Hebatlah kau. Bagus.. Alhamdulillah ada kawan macam kau,” perli Faezrul seraya tersengih-sengih.
Tiba di pintu masuk perpustakaan, mereka terserempak dengan Ilhan yang ingin keluar dari situ.
“Wuit..” tegur Aesya sebelum sempat Ilhan menyapanya.
Seketika pandangan Ilhan dan Faezrul bersabung. Entah kenapa masing-masing seolah-olah menyimpan satu rasa. Aesya sudah pun masuk ke dalam untuk memulang bukunya.
Selesai memulang buku, Aesya dan Faezrul keluar dari perpustakaan. Dilihat kelibat Ilhan sedang berdiri di hadapan pintu masuk.
“Aik, tak balik lagi?” soal Aesya sebaik sahaja menghampiri Ilhan.
“Tunggu kaulah. Jom aku hantar kau balik.”
Aesya tersentak. Serentak dia menjeling Faezrul. Ah, situasi macam nilah yang aku tak suka ni... Bisik hatinya sendirian.
“Aaa.. Tak apalah. Aku balik dengan Pejol,” beritahu Aesya jujur. Lagipun dia tahu Ilhan tidak mungkin akan kisah. Lainlah Azif...
“Oh, selamat minyak kereta aku...” Ilhan mengurut-urut dadanya.
Aesya mencebik. “Okey, jumpa esok,” ucap Aesya lantas beredar dari situ.
Kelibat Aesya dan Faezrul diperhati. Mereka berdua kelihatan begitu mesra. Rasa cemburu menguasai diri.
Petang itu Aesya mengajak rakan sebiliknya ke Female Sports Complex. Petang-petang macam ni ramai orang bermain di situ. Boleh juga cuci-cuci mata. Bisik hatinya nakal.
“Oii Cha!” satu suara dari arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang bermain bola keranjang memangilnya. Terpusing-pusing kepala Aesya mencari suara si pemilik. Akhirnya pandangannya tertancap pada wajah Azif. Lelaki itu sedang mengorak langkah menghala ke arahnya.
“Jogging ke?”
“Taklah, jalan-jalan cuci mata. Mana Pejol dengan E-han?”
“Kau ingat kami kembar siam ke nak melekat 24 jam?”
Aesya tertawa. “Dah, kau pergilah main. Aku datang sini bukan nak berborak dengan kau,” ucap Aesya selamba.
“Cha, malam ni keluar jom?” ucap Azif tiba-tiba.
“Pergi mana?”
“Makan?”
“Hah! Kau tu tak habis-habis nak makan. Muka kau ni memang muka makan betul. Ingatkan nak ajak pergi shopping ke apa. Aaaa, pukul berapa ek? Heeee..” Aesya tersengih. Puas-puas membebel, dia menyayang muka bengkataknya.
“Lepas Maghrib! Kau tunggu kau tempat biasa.”
“Okey, beres. As long as kau belanja!”
“Hmmm..” Azif mencebik.
“Eh E-han.. Kau buat apa kat sini?” Aesya sedikit terkejut melihat kehadiran Ilhan di luar pintu pagar kolej kediamannya.
“Haa, baru nak call kau.. Aku nak ajak kau keluar sekejap teman aku cari buku kat Wangsa Maju.”
“Laa, kenapa tak bagi tahu awal-awal? Aku nak keluar ni.”
“Pergi mana?”
“Keluar dengan...”
Tiba-tiba...
“Cha!” Azif muncul dengan motosikalnya.
“Aku nak keluar dengan Jiblah.. Sorry..”
Berubah terus air muka Ilhan ketika itu.
Azif menegurnya seperti biasa. “Jom join kita orang pergi dinner,” pelawa Azif ikhlas.
“Tak apalah, aku baru aje lepas makan kat cafe tadi. Okay guys, enjoy your dinner. Cha, lain kali ajelah. I’ll see you.” Tanpa sebarang pamitan lagi, Ilhan terus masuk ke kereta lantas meninggalkan perkarangan Mahallah Haleemah.
Sejak kebelakangan ini, Ilhan sudah jarang meluangkan waktu bersama mereka. Setiap kali diajak berjumpa pasti ada sahaja alasannya. Telefon pun kerap kali tidak berjawab. Kalau hujung minggu, langsung tidak dapat dihubungi.
Azif dan Faezrul tidak berkata apa-apa pula mengenai sikap yang ditunjukkan Ilhan semenjak dua menjak ini. Apa masalah lelaki itu sebenarnya? Aesya tertanya-tanya.
Pagi Ahad itu, Aesya mengajak rakan-rakan sebiliknya bersarapan di kafe IRKHS. Lagipun tidak ada apa-apa aktiviti di kolej memandangkan revision week untuk peperiksaan akhir sudah bermula.
Sambil makan, mereka bertukar-tukar cerita sambil bergelak tawa. Keriuhan mulut Aesya biasanya mengundang tawa rakan-rakannya. Gadis itu kalau dah bercerita, memang kepoh!
“Hai...” satu suara menegur tatkala mereka sedang berbual.
Serentak tumpuan mereka teralih pada sebatang tubuh yang sudah pun berdiri di tepi meja.
“E-han! Kau buat apa kat sini?” soal Aesya sedikit terkejut melihat kehadiran sahabatnya itu di situ.
Segaris senyuman nipis tergaris di bibir Ilhan. Kelihatannya seperti begitu asing. Wajah itu tampak begitu suram. Mengapa ya?
“Aku dari kelas tadi. Kau pulak buat apa lepak sini?”
“Saja nak menapak jauh sikit. Tukar selera. Lagipun kita orang tak tahu nak buat apa kat kolej weekend macam ni,” beritahu Aesya sambil merenung tepat ke anak mata Ilhan.
Ilhan mengangguk-angguk. Melihat wajah Aesya, terubat juga rindu di hati terhadap gadis itu. Sudah berminggu dia menjauhkan diri. Entahlah kenapa.. Yang dia tahu, dia tidak mampu melawan perasaannya tatkala bersama gadis itu. Dia tidak mahu terasa lemah! Namun, tempoh berjauhan itu hanya memakan dirinya sendiri. Dia hampir terlupa Aesya itu merupakan sahabat baiknya.
“Kau ke mana selama ni? Hilang tiba-tiba..” soal Aesya terlalu ingin tahu. Selama beberapa minggu, itulah kali pertama dia bertemu dengan Ilhan.
“Cha, aku nak jumpa kau boleh? Anytime bila kau free before final exam..”
“Ai, bunyi macam serius aje kau ni? Ada apa?”
“This is not the place. Boleh tak?” soal Ilhan untuk kepastian.
“Okey, petang ni aku free. Kau datanglah ambik aku kat kolej..”
Ilhan sekadar mengangguk dan kemudian beredar dari situ.
Kebisuan Ilhan menimbulkan rasa kurang selesa di hati Aesya. Entah kenapa mulutnya juga seperti sudah kehilangan kata. Ilhan seperti seorang asing baginya tika itu. Aesya menumpukan perhatiannya ke depan. Cuba meneka destinasi yang ingin ditujui Ilhan. Hendak bertanya mulutnya terasa begitu berat untuk bersuara.
“Cha, kita nak pergi mana ni?” soal Ilhan tiba-tiba sekaligus memecahkan tembok kebisuan yang sedari tadi mengisi ruang antara mereka.
“Laaa.. Aku ingat kau dah tahu nak pergi mana. Hmm, ikut kaulah. Lagipun kau jugak yang ajak aku keluar ni,” balas Aesya mendatar.
Ilhan terdiam. Entah kenapa hatinya sedikit jauh mendengar jawapan Aesya. Dia terus memandu keretanya sehingga memasuki simpang menuju ke air terjun Ulu Yam.
Aesya mengerling Ilhan sekilas. Apahal pulak dia bawak aku ke sini? Seketika jam kereta Ilhan dilihat. Pukul 5.15 petang. Kereta Ilhan berhenti di sebuah kawasan lapang menghadap sebuah tasik. Mata Aesya meliar memerhati keadaa sekeliling. Tiada sesiapa di situ. Hai, ni kalau kena tangkap basah ni...
Tanpa berkata apa-apa, Ilhan keluar dari kereta. Aesya hanya menurut langkah lelaki itu. Mereka sama-sama ke pondok kecil tidak jauh dari situ. Aesya melabuhkan punggung di situ manakala Ilhan sekadar menyandarkan belakang tubuhnya ke tiang.
“E-han, just now you said you got something to tell me. What is it?” Aesya bertanya tatkala melihat gelagat Ilhan yang seolah-olah tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bekata-kata. Pahal ar Mamat ni. Misteri sungguh!
“Cha, Tok Wan aku dah meninggal...” beritahu Ilhan perlahan dengan suara sayu.
Aesya terpana. Sungguh dia tekejut mendengar berita yang tidak disangka-sangka itu. “Bila? Kenapa tak bagitahu aku?”
Ilhan tunduk. Wajahnya benar-benar kelihatan sedih. Aesya masih tenang memerhati. Kesiannya Ilhan... Bisik hatinya.
“Dua minggu lepas, parents aku call suruh balik. Aku ingatkan ada apa. Rupa-rupanya dia orang semua nak bincang pasal hari pertunangan aku dengan Erni. Tok Wan aku yang beria-ia nak satukan aku dengan Erni tapi aku tak setujud. Semua cakap mereka aku lawan balik termasuk kata-kata Tok Wan. They do not really know about Erni. Kau tahu, selama ni Erni tu tak habis mengacau hidup aku. Sebab nak jaga hati Tok Wan, aku terpaka layan dia baik-baik. But she’s getting too much sampai everytime nak aku ambik tahu pasal dia. And tiba-tiba pulak suprisingly nak decide tarikh engagement. Now, everybody is blaming me,” cerita Ilhan panjang lebar. Ada satu keluhan berat yang terlepas dari mulutnya.
“Habis tu, macam mana hubungan kau dengan family kau sekarang?”
“They ignored me. Not only my family but also Erni’s family. Salah ke aku protes sesuatu yang aku tak suka untuk masa depan aku? Kenapa family aku sendiri tak pernah faham aku? Dari kecik aku tak pernah ingkar kata-kata mereka. Salah aku semua ke, Cha?!” tutur Ilhan beremosi sambil menentang pandangan Aesya.
Aesya mempamerkan wajah simpati. Lantas dia turun dari pondok itu lalu berdiri menghadap Ilhan. “No, you’re not wrong. Siapa-siapa pun takkan sanggup kahwin dengan orang yang dia tak cinta. Tapi apa-apa pun kau kena sabar. This thing takes time and you have to be patient. Ni semua dugaan kau. Tok Wan kau meninggal sebab ajal dia dah sampai, bukan sebab kau. E-han, salah ke betul orang tua kita tu kadang-kadang kita kene mengalah sebab pemikiran kita dengan mereka tak sama. The only thing yang kau boleh buat is try to slow talk with them.”
“Slow talk? Hah.. Lebih dari slow talk but they still couldn’t understand,” beritahu Ilhan benar-benar kecewa dengan sikap keluarganya. Adakalanya dia tertanya-tanya mengapa ibu dan bapanya begitu sukar memahaminya. Apakah dia itu anak angkat? Jika tidak, kenapa segala perkara harus dia turuti? Atau apakah kerana nama Tengku yang menjadi nama keluarga mereka menjadikan kedua-dua orang tuanya menginginkan seseorang yang sama taraf dengan mereka. Ah, karut semua itu! Tengku ke Raja ke Megat, semuanya sama: Berdarah merah dan sama-sama hamba ALLAH.
Aesya memeluk tubuh. Dia memandang ke tepi seketika.
“Cha, aku nak cakap sesuatu dengan kau boleh?” tanya Ilhan tiba-tiba. Suaranya kedengaran cukup perlahan.
Aesya melarikan anak matanya ke wajah Ilhan. Dia menjungkit keningnya sedikit.
Ilhan mengumpul kekuatan. Perkara ini harus diluahkan. Dia tidak sanggup lagi memendam rasa. Sepasang mata Aesya ditatap. Ah, mengapa dengan gadis ini aku harus berperasaan asing seperti ini? Bukankah dia sekadar sahabat baik aku sejak dari dahulu?
“Kau nak cakap apa ni, E-han?” tanya Aesya tatkala Ilhan membisu.
“Aku suka kau...” luah Ilhan akhirnya.
Aesya tercengang.
“I love you. Dah lama aku nak cakap benda ni tapi keadaan selalu tak mengizinkan. Lebih-lebih lagi Pejol dengan Azif ada perasaan yang sama kat kau. Dan sebenanya, setiap perilaku aku yang menyakitkan hati kau tu semua untuk deny the feeling on you. But for now, I can’t really keep it anymore and even deny it. I really love you.
Bumi yang dipijak seakan-akan bergegar. Dunia Aesya beku untuk seketika. Sungguh dia seakan-akan tidak percaya akan perucapan dari Ilhan itu. Namun cepat-cepat dia tersedar.
“Aku tahu perasaan tu takde dalam hati kau.” Ilhan berhenti seketika lantas ketawa pahit. “Macam Jib dengan Pejol, semua kau anggap kawan. Susah Cha nak terima kawan baik yang kita dah kenal lama as someone yang more special. Now, it is not only Jib and Pejol like you but including me. Sorry for making you life becomes complicated.”
Aesya bungkam di situ. Sangkanya selama ini dia sahaja yang berperasaan seperti itu. Namun rupanya Ilhan turut berperasaan yang sama tetapi dia langsung tidak dapat mengesan itu semua dari pemuda tersebut. Hebatnya Ilhan menyembunyikan perasaannya! Namun, segalanya sudah terlambat. Biarpun rasa itu pernah bersemi, dia harus mematikan semuanya. Hakikat Ilhan bukan untukknya sudah lama ditelan dan dia tidak mahu meluahkannya kembali.
“Sorry E-han. Kita kawan sampai bila-bila...” putus Aesya lantas berlalu dari situ. Namun air matanya tumpah. Dia tidak boleh menyayangi Ilhan lebih dari seorang teman dan sahabat.

5 bulan kemudian...

Dahi Aesya berkerut seribu sambil meneliti sehelai kertas di tangannya. Dia singgah seketika di kafe IRKHS untuk merujuk perkara lain yang meninggalkan seribu tanda tanya di kepalanya.
Hairan, selama dia menuntut di UIA setiap semester yuran pengajiannya dibayar. Siapa yang membayarnya dia sendiri tidak tahu. Apabila ke financial department, mereka hanya menggeleng tanda tidak tahu. Kata mereka, bayaran sudah sedia terkredit di dalam nombor akaun mereka. Hai, pelik pelik...
Hari ini dia dikejutkan pula dengan jumlah baki wang simpanannya di bank yang bertambah. Seperti ada orang yang memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya. Sebentar tadi dia telah merujuk perkara itu ke bank. Manalah tahu kalau-kalau ada orang yang tersalah tulis nombor akaun simpanan. Namun pihak bank hanya memberitahu wang RM1000 itu telah dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari lepas.
Aesya memikir seketika. Apa yang aku buat sampai dapat duit sebanyak ni? Takkan menang loteri kot? Terkebil-kebil mata Aesya mengangak sebarang kebarangkalian. Akhirnya otaknya sudah tidak mampu berfikir lagi. Baik aku balik, tidur! Bisik hati kecilnya.
Piitt piittt..
Tiba-tiba sebuah motosikal berhenti di sebelahnya ketika dia sedang menapak ke kolej. Azif tersengih-sengih memandangnya.
“Uit? Baru habis kelas ke?” soal Azif.
“Eh takdelah.. Aku baru aje balik dari workshop ni,” balas Aesya sinis.
Azif mencebik. Budak ni tak boleh berbasa basi langsung. “Jom teman aku pergi makan kejap...”
“Lain kali kalau nak ajak aku pergi makan call awal-awal. Ni aku dah nak sampai pintu pagar mahallah baru kau bagi tahu. Buat penat kaki aku je,” omel Aesya sambil bercekak pinggang.
Azif tersenyum kambing. “Ala, nanti aku hantarlah kau balik. Berjalan sikit pun dah nak mengeluh macam-macam. Jomlah...”
“Hmm yelah-yelah..” Tanpa kata lagi, Aesya memanjat motosikal Azif. Buku-bukunya dimasukkan ke dalam bakul.
Kafe Mahallah Maryam menjadi pilihan mereka. Kemunculan Azif di kalangan pelajar-pelajar perempuan di situ mencuri perhatian mereka.
“Untung ada member macam kau ni. Jimat duit aku,” kata Aesya ceria sambil tersengih-sengih.
Azif hanya ketawa kecil. “Banyak jugak kau makan ek?”
“Dengan kau aje aku makan banyak..” dalih Aesya.
Azif mencebik. Nasi dipinggan digaul bersama lauk dan sayur yang diambil.
“Jib, tadi aku cek baki duit aku kat bank. Tengok-tengok duit aku makin bertambah. Tak tahu siapa yang masukkan.. Aku peliklah.. Dahlah tiap sem ada orang bayar fee aku. Bila aku cek kat finance, dia orang pun tak boleh detect.”
“Alaah rezeki, kau terima ajelah. Kalau aku, lantaklah.. Eh, tapi yang duit dalam akaun kau tu apa cerita?” Azif seolah-olah baru tersedar.
“Haa tulah pasal!”
Suapan Azif terhenti. “Kau biar betul Cha? Jangan-jangan... Haaa..” Azif tersengih-sengih.
“Kepala otak kau! Ingat aku ada Sugar Daddy ke?!” Bulat mata Aesya memandang Azif.
Azif ketawa mengekek. “Manalah tahu... Pelik jugakkan kan.. Nak kata orang salah masuk, takkanlah tiap masa tersalah. Kalau ada kes other student yang terkreditkan dalam akan kau, mesti dia dah refer kat finance and finance akan infrom kau.”
“Tulah.. Mana datang duit tu and siapa yang masukkan. Aku pelik sangat-sangat.”
“Biarlah Cha..”
“Hmm.. Biarlah. Aku pun malas dah nak fikir.”
Aesya menarik kerusi meja tulisnya. Komputer riba miliknya dibuka. Hari ini dia terasa ingin benar mencoretkan kisah hatinya di blog peribadinya. Di blog sahajalah tempatnya melepaskan segala-galanya.
Kisah persahabatan dia bersama Ilhan, Faezrul dan Azif menjadi coretan utama. Jika dihitung segala batu permata di dunia ini, belum tentu nilainya sama dengan nilai persahabatan dia bersama ketiga-tiga pemuda tersebut.

Tengku Ilhan Zarkasyi~ Biarpun luarnya tampak selamba dan bersahaja namun ada waktunya dia masih berharap agar satu hari nanti aku menerimanya. Dia tetap sahabat yang baik biarpun adakalanya sikapnya agak menyakitkan hati. Dah tabiatnya macam tu nak buat macam mana. Tapi kelihatannya E-han cuba untuk menjauhkan diri dan selalu mengelak dari bertembung dengan aku. Kenapa ek?
Faezrul Remmy~ Dialah tulang belakang aku. Wujudnya seperti ingin melindung aku dari sebarang keburukan. Kadang-kadang senyuman dia boleh buat aku rasa lega untuk beberapa ketika. Dia seorang penasihat yang baik. Tapi dia penuh dengan kejutan! Selalu kena marah tapi buat derk aje. Selamba tayang muka seposen dia tu!
Azif Iskandar~ Tanpanya, aku lapar.. Hehehe.. Ibarat aje.. Dia ni sangat caring pasal aku. Kadang-kadang boleh buat aku rasa terharu yang amat. Kalau dibuli E-han dan Pejol, dialah tukang back up aku. Bukan nak melebihkan dia dari yang lain, tapi Jib memang seorang yang baik and tak pernah mengeluh kalau aku mintak dia belanja aku makan. Paham aku hampir sepenuhnya terutama emosi aku.. Selalu ada bila aku menangis..

Jari-jemari Aesya berhenti menari di papan kekunci. Selayang keluhan terlepas dari mulutnya. Ya ALLAH ya TUHAN-ku, andai jodohku dengan salah seorang dari mereka, KAU tunjukkanlah sesuatu yang dapay membuka mataku tentangnya.. Aku harus memilih yang terbaik untukku. Doa Aesya dalam hati. Dia ingin berdiri meniti kenyataan ini. Segala kepastian sudah ada, Azif, Faezrul mahupun Ilhan sama-sama berkongsi rasa yang sama terhadapnya dan dia redha seandainya salah seorang dari mereka menjadi teman hidupnya satu hari nanti.
Aesya menyusuri langkah melalui laluan bangunan CELPAD untuk pulang ke kolejnya. Tiba-tiba dia terlihat Ilhan yang sedang berjalan ke arah bangunan tersebut. Kelihatannya lelaki itu datang dari masjid.
“E-han...” panggil Aesya tatkala jarak lelaki itu hampir dengannya. Ilhan memakukan pandangan ke arahnya. Segaris senyuman nipis tergaris di bibirnya. Lambat-lambat kakinya melangkah ke arah.
“Sorang aje? Mana Pejol?”
“Dia dah balik tadi. Aku nak jumpa kawan kat HS Square sekejap.”
“Kawan kau budak HS ke?”
“Taklah. Budak BEN,” jawab Ilhan pendek sambil terus melangkah menuju ke Kulliyyah IRKHS.
Aesya hanya mengangguk-angguk. Dia sedar Ilhan tidak begitu berminat untuk berbual dengannya. “Okeylah. Aku balik dulu...” ujar Aesya ingin melangkah pergi meninggalkan Ilhan.
Ilhan sekadar mengangguk. Membiarkan Aesya pergi. Namun entah kenapa perasaannya meronta untuk memanggil sahabatnya itu.

It's gonna b my third script, InsyaALLAH..







No comments: