Assalamualaikum.
Hari ni aku nak cerita perangai manusia. Sebab dah lama aku perhati aje perangai-perangai aneh orang sekeliling serta berdasarkan kisah pengalaman kawan-kawan ni. Jadi Kakak Liyana akan mewakili suara hati mereka yakni suara hati rakyat Malaysia. Memandangkan blog ni diupdate ikut suka hati tapi anually kena bayar jadi adalah rugi sesangat kalau Kakak Liyana biar tak tulis apa-apa. Ibarat menanam sawi di dalam pergi. Kerja bodoh serta sia-sia. Hah ini perumpamaan apa hoi?! Tulis novel? Itu cerita lain okey.. Hahaha!
Jenis 1.
Kau sibuk dengan preparation kahwin, edarkan kad termasuk invite kat FB. Tapi ada sebilangan spesis yang kalau boleh nak bertepak sirih jemput dia dengan feeling VVVIP. Kad kalau tak dapat dia akan ungkit pasal kad kahwin kau sampai kau mengalami mimpi buruk selama 7 malam berturut-turut. Orang macam ni mungkin obses dengan kad lah Kakak Liyana rasa. Sejenis yang ni kalau kau miss bagi kad kat dia, dia akan sentap dan tak nak datang kenduri kau. Pastu setiap kali kau update apa-apa kat laman sosial kau, dia akan komen kad kad kad kad sampai kesudah. Zaman moden sekarang ni, sebab kad sekeping pun boleh putus silaturrahim tahu?
Jenis 2.
Nak free dan extra setiap masa. Biasanya orang macam ni muka tebal, tak ada rasa serba salah dan sebagainya. Sebab biasanya kita ada rasa segan dan malu nak mintak barang orang sesuka hati kan? Tak tahulah macam mana perasaan dia kalau nak barang free sedangkan orang tu macam menggila cari mata pencarian. Where is your sense?
Jenis 3.
Kedekut. Skop paling meluas kalau nak cerita lagi panjang. Contohlah kalau kau pergi kedai makan, time makan kemain dia umpat kawan dia, jiran mak dia, sepupu kepada kawan abah dia kedekut tetiba time nak bayar semua pakat senyap. Tinggal kau aje yang terkebil macam ikan masin. Kau pikir kalau kau bayar dulu, nanti dia orang akan bayar komdian tapi harapan tinggal harapan bila memasing cakap babai dan seribu satu madah berhelah. Kau kaye gaji kau sebulan 10k, kawan-kawan sekali sekala belanja lah. Kata mereka. Kalau dalam kumpulan tu ada 8 orang, yang jenis macam ni mungkin wujud dalam 3 4 orang. Nasib kaulah aaa.
Jenis 4.
Jenis malas mengemas. Pengotor Ya Rabbi. Biasanya time duduk rumah sewalah dapat housemate macam ni. Kau dah elok susun kasut, cuci toilet, buang sampah, sapu lantai, datang dia sesuka abah buat semak. Makan kuaci serupa tikus buang merata-rata. Pegang penyapu tak pernah sampai kalau kau tanya kenal penyapu tak jawapan dia macam meminta batang penyapu. Orang macam ni selalu diharapkan supaya mengigau keluar malam dan esok bangun tidur dia duduk dalam longkang.
Jenis 4.
Cerita semua masalah kat Facebook. TV kena panah petir, semut hurung gula atas meja, paip rumah makcik senah bocor, anak kucing belum makan lalu mati kebulur, suami pakai bedak, jiran jemur kain, kak Tipah kat opis suka selfie time break semua nak cerita kat Facebook lah pendek katanya. Konsep Facebookku, Diariku. Tapi Diari yang open to be read by all people around the globe. Bagi dorang, satu kepuasan hati yang terlepas habis kalau semua benda tulis kat Facebook. Sehari 56 status ke atas. Memang puas katanya.
Jenis 5.
Murung secara tiba-tiba. Golongan ni unpredictable hoi! Waktu pagi dia menyapa kau penuh mesra kehalusan tapi time tengah hari bila kau tanya dia sesuatu, tetiba dia acah-acah malas cakap dengan kau dan sebelah petangnya pula dia offer belanja kau top up. Hahaha ini gile!
Jenis 6.
Dia rasa dia seorang yang sangat mempunya sense of humour dan layak ke peringkat paling tinggi menerusi program-program realiti lawak tempatan. Susah tak susah kau nak bercakap dengan orang ni kalau kau cerita benda serius seperti ekonomi, sejarah dan politik, dengan rasa lawaknya dia mampu tukar kisah tu semua jadi kisah kumbang terbang dengan ikan berlaga. Macam ni aku tak pastilah macam mana nak handle sebab bagi dia, semua benda adalah bahan lawak sampai diri dia sendiri pun akan jadi bahan kelakar. Paling kesian kalau dia cerita tu sebenarnya tak lawak langsung. Sini boleh simpulkan feeling lawak dengan syok sendiri sangat berkait! Kau rasa?
Jenis 7.
Sensitif nak mampos. Selalunya orang sensitif ni dia akan sensitif dengan perasaan dia aje. Dengan orang lain dia gurau kasar seolah-olah kau adalah seekor keldai. Kena time dia, salah cakap sikit dia sentap. Kalau respon pasif, dia senyap tapi kalau hyperact? Sama ada dia memaki atau mengguna kaki. Orang sensitif ni ubat dia, bye-bye!
Jenis 8.
Menunjuk. Selfie waktu jam sambil tunjuk jam jenama Audemars Piguet Royal dengan simbol stereng kereta Porsche 918 Spyder dengan caption 'Congested. Im stressed'. Caption haroslah Amareka seiring dengan jenama yang sedia ada. Atau 24 hours update pasal shopping kat Hong Kong, Papua New Guinea dan sebagainya. Atau gaya ala classy masyarakat atasan tidur di atas duit dan paling hebat upload gambar duit dengan caption 'Alhamdulillah rezeki dari ALLAH'.
Jenis 9.
Cakap besar. Ini adalah jenis menggerunkan. Dia ibaratkan diri dia seperti ikon dan idol yang sesiapa saje harus contohi. Seperti hikayat Alexander the Great dan kisah-kisah mencabar seperti Max Weber dan Karl Marx. Kalau jumpa, dia akan cerita kehebatan dia dalam keadaan separa sedar, kerja dia, gaji dia, dah kuasa dia boleh keluarkan cecair dari nadi macam Spiderman. Lepas tu at the end, suruh kau belanja makan. Ini dinamakan kelayakan muka disagat di Highway Plus.
Jenis 10.
Tak reti sabar time orang nak masuk parking. Boleh jumpa kat shopping mall dengan kawasan parking dan sewaktu dengannya. Dah nampak orang bagi signal dia selamba sailang kau dari tepi lepastu dia hon macam kau bersalah tak bagi dia laluan padahal dia bodoh tak tahu undang-undang jalan raya. Bodoh! Beruk Mak Yeh! Dan lain, golongan tak reti bagi signal masuk simpang atau kalau anda hati bersih bersangka baiklah bahawasanya nak bagi signal memerlukan tenaga kinetik yang tinggi, dia takut lumpuh.
Jenis yang seterusnya, malas nak tulis. Nanti sambung aaa..
8 comments:
Wakakakakakaa...aku bace gelakkkk nak mamposss...Cecair dari nadi tu yg x menahan..
"annually kena bayar tu ayat win wakakaka
memang mcm2 perangai org ni...
Kah kah kah.. macam macam ragam la skrg ni kakak liyana. Semalam baru jadi parking iols kena sailang. Ewah sesuka hati kan dengan muka x bersalah. Antara spesis yang nk kena sagat gak ni. =P
izin menyimak
pernah jumpa manusia+ perangai mcm diatas hoho
Betul2... hehehe
hihi..tergelak baca
Post a Comment