nuffnang

Wednesday, November 19, 2014

MELAKA LAGI

Assalamualaikum..
Tajuk entry hambaruddin nye lahai.. 
Minggu lepas aku telah merajinkan diri aku untuk bersosial sesama insan di satu event..
Event tu dianjurkan oleh para-para novelis Alaf 21 bawah Kelab Alaf 21 kat Melaka International Bowling Centre..



Selaku AJK yang tak berapa nak AJK aku tak tahu pun mamat ni ada sekali..
Baik sangat dia layan peminat-peminat dia okeh..
Aku yang bekas bekas peminat ni pun sebok lah jugak weh..
Sekarang tak minat dah sebab dah berlaki.. Babai Bam Yin..

Balik dari event singgah tepi pantai dekat rumah mak mentua jap..
Nak rasa pijak-pijak pasir pantai.. Hikhik..


Mana pasirnya? Apesal rumput?

Keesokan hari siap-siap nak pergi fitting baju untuk majlis bertandang hujung bulan ni..
Best part is, owner bridal ni bukak bridal depan rumah dia which is tipikal rumah melaka yang helok lagi walaupun dah berusia ratusan tahun..


Ini jelah port ambik gambar paling ideal selain kolam ikan kat sebelah yang boleh mendatangkan risiko jatuh sia-sia di celahan batu.. Haa... lepas tu kau panjat atas kawasan replika rumah tu sambil posing-posing ala model baju raya.. Pastu orang semua ingat kau photoshop gambar ni sebab kononlah kau lagi besar dari sebijik rumah..
Persyaitonkan tuan rumah yang usyar dari jauh agaknya mesti dah menyampah tengok muka aku macam mental bergambar kat laman rumah dia..

Balik rumah salin tudung sambung berjalan ke Banda Hilir pulak...

Lalalala...


Sebelah kiri tu adik aku.. Muka sama tak? Waris jari hantu sangat beliau mengopi paste wajah aku yang dah dipatenkan sejak 1988 ni.. Budak kecik tu baru saje dilabelkan sebagai anak angkat sebab kekadang dia panggil aku mama.. Itupun sebab aku suruh.. Dan lantas aku gelak berdekah-dekah sebab lain macam je aku rasa orang panggil aku sedemikian..
Motif sangat penjelasan gambar panjang lebar macam ni,,


Dari dulu aku perati je T-Rex ni.. Berdiri di sudut bangunan tanpa peranan dan langsung takde kena mengena dengan sejarah negeri Melaka pon.. Ke memang wujudnya T-rex pada zaman Parameswara hah??


Generasi pelapis dengan generasi terlapis adalah dua perkataan yang berbeza..


Tokey kedai ni krik krik sangat lalu kami sekeluarga mengambil keputusan untuk buat kedai macam ayah kami sendiri.. Haa amek kau amekkk.. Last-last beli dua topi.. Nak feeling-feeling gadis Amareka berjalan-jalan di cuaca panas sambil bertopi reben-reben..




Last mission..
Badan pun lemau dah time ni.. Sebab jalan kaki dari A famosa tu pusing balik lalu Tamingsari masuk Mahkota Parade sampai semula tempat parking... Phewww... Selalu kalau pergi Melaka memang terpaksa menapak sebab tetahu jelah parking dia hazab sangat nak mencari..

Sampai sini sahaja..
Tunggu update seterusnya tahun depan..


Tata..


P/S: Header aku tu bilanyer nak tukar? Geli pulak menengoknyer-


6 comments:

MizzTina said...

sila la tukar header yg suwit bak halwa jambu..


melaka, pegi banyak kali pun xpernah puas.. seronokkk

Chekgu Azrine said...

sis,,akk berkenan dengan skirt sis pakai tu..sharela beli mana??hehehehe

Anum said...

singgah pagi
hari ini bz skit
nak mengemas kat office

Liyana said...

yg part header tu rasa nak gelak harhar

Liyana Zahim said...

Hehhe.. Beli dekat uia dulu kak dah lama dah skirt ni selongkar2 Lemari jumpe balik.. 😀😀

Liyana Zahim said...

Nak tukar tp malas bebeno nak buat 😅