Assalamualaikum anak bonda..
Terlebih dahulu, maafkan saya kerana menulis surat terbuka ini di khalayak ramai.. Jangan risau, ia tidak akan mengandungi unsur-unsur pencederaan hati. Anak bonda paham frasa-frasa ini?
Wahai anak bonda, waktu anak bonda mengerutkan dahi menyelesaikan soalan matematik, ketahuilah waktu itulah saya melihat anak bonda sebagai manusia paling soseksiseksiyeah of the world. Sedangkan dengan hanya melihat soalan-soalan itu, ancaman sawan di tempat kejadian terasa begitu dekat dengan saya.
Ketahuilah juga anak bonda apabila saya mengatakan saya bebal nombor ia bukan sekadar mainan di mulut dan canda.
Saya memaksudkannya dengan fikiran yang waras dan sepenuh sedar selari dengan rasa-rasa sukma yang jujur lagi tulus oh sedapnya ayat saya ini.
Lihatlah gambar di atas ini anak bonda. Tidakkah anak bonda melihat hakikat kombinasi yang ideal ini? Apatah lagi melihat terdapat perkataan 'Beauty' di situ. Maka strata keyakinan sy melonjak dengan wownye.
Perlu saya nyatakan pada anak bonda, kesempurnaan bukan sesuatu yang mutlak yakni sempurna insan masih jua ada bolong yang perlu diisi dengan kesempurnaan manusia yang lain maka dengan itu baru ia menjadi lengkap sebagai sempurna dalam erti kata sebenar tapi masih jua belum mutlak kerana fitrah manusia tiada yang sempurna. Anak bonda pening?
Itulah niat saya sebenarnya.
Wassalam-


23 comments:
x paham sepatah habuk
apakah ini perbandingan sastera yg melampui lampaui sampai sy tergamam. ouchii!
tak ada manusia sempurna :(
tiada manusia yg sempurna.. =)
sy jua byk bolong..tp bukan sundel bolong..
berbelit belit haa ayat. memang pening pon. hehe.
bukan stkt anak bonda yg pening..dgn bonda2 pun pening.
siapakah anak bonda itu?
khas utk anak bonda...
baeklah liyana :)
dill.
bila ada kelebihan tang sini..tang situ kurang..biasalah..nobody perfect!!
ah, ayat sangat gramatis haaa!!!!
hrp anak bonda paham ye supaya gadis ini tdk sawan haha
pelik je guna perkataan 'anak bonda' tu..hehe
apa itu anak bonda? in english??
knp ngan anak bonda tu???adakah kamu ingin memberitahu dia yg kamu dan dia xsame?xsempurna seperti ank bonda??ehehe...xpe sling melengkapi :D
*ske aty ak je paham sendiri...hehe...
tertekan link anak bonda td...bru thu spe anak bonda...haha
seyes saya T__T blur blur..bace entry nih!!
bonda tanya "apa benda tu?" hehe
anak bonda mana nehhh?
anak ayahnda mana pigi??
abehhh 'saya' tuh anak sape pulakk?
alaaaa. really really confusing meee tauuuu.
oh my englishhh ;0
kahkah.
p/s : dgn wownya saya mengomen okenggg
kombinasi yg sgguh ideal.. bila bersatu scara sah nti, pasti wujud satu kombinasi bru yg serba lengkap, hukk...
anak bonda yang tak beauty :P.. hang dah tunjukkan belang kat sini hang hebat menulis.. teman kaget dngn ayat ayat hang.. even teman tak paham sangat apa yang cuba di lontarkan..
*are we talking about brain here hahahaha...
ku juga bebal no..(--")
Bonda, anakanda kurang pahamlah isi entri ni.
Cuba komen jugak, tak ada manusia yang sempurna tapi ada banyak cara sempurna untuk merubah kita jadi insan yang lebih baik.. ;)
kata2 yg abstrak...im lost..haha..
Post a Comment