AWAL pagi sebelum waktu mengajar, Amira sudah tiba di kediaman besar itu. Ketika tiba, pintu pagar kediaman itu terbuka luas. Tidak seperti biasa, tertutup rapat menyembunyikan sebahagian kediaman.
Perlahan-lahan Amira menapak masuk ke garaj. Bagai hendak tersembul biji matanya melihat Toyota Wish milik Daniel terparkir di situ. Dia masih ingat akan nombor plat kereta tersebut. Hisy! Apa dia buat kat rumah ni? Tiba-tiba terasa berat kaki dan hatinya untuk masuk.
Dia yakin Ezroy juga ada di rumah hari ini kerana cuti hujung minggu. Kalau aku masuk pasti akan bertembung dengan kedua-duanya yang sarkastik.. Barangkali Daniel sudah tidak lagi bersifat menyakitkan hati tapi Ezroy... Sarkastik tahap sarkas!
Apa Daniel tahu dia menjadi guru sambilan mengajar Ezrina di rumah itu? Kalau Daniel tahu, sudah tentu semalam lagi lelaki itu akan bertanya itu ini. Ah, apa pentingnya lelaki itu tahu atau tidak? Aku mencari rezeki yang halal okey!
“Kak Mira!”
Amira terkejut. Spontan pandangannya tertancap ke arah pintu. Kelihatan kelibat Ezrina berdiri di muka pintu.
“Buat apa berdiri kat situ? Kenapa tak masuk?”
Amira terpinga-pinga. Mahu tidak mahu dia melangkah juga ke muka pintu menghampiri Ezrina.
“Ada siapa datang rumah?” soal Amira meminta kepastian. Manalah tahu kereta yang terparkir di garaj itu bukan milik Daniel. Manalah tahu tiba-tiba dia tersilap lihat nombor pendaftaran kereta tersebut.
“Kawan abang...”
Sah itu Daniel! Amira menarik nafas dalam. Dia akan bersedia untuk apa jua kejadian sekalipun selepas ini.
“Mehla masuk... Erin ingat Kak Mira tak datang tadi. Tu yang Erin jenguk sekejap kat luar kot-kot Kak Mira ada,” beritahu Ezrina sambil melangkah ke ruang tamu tempat dia dan Amira belajar.
Mata Amira melilau ke setiap ruang. Mencari kelibat Daniel mahupun Ezroy. Tidak kelihatan pula kedua-duanya di ruang bawah. “Mana abang Erin?” Ringan sahaja mulut Amira bertanya.
“Dekat tingkat atas. Kenapa Kak Mira?”
“Tak ada apa-apa,” jawab Amira tersenyum sambil menggeleng.
Ezrina sudah bersimpuh di atas permaidani lantas mencapai beberapa buku rujukannya di atas meja. Hari ini mereka akan mengadakan revisi subjek sejarah pula.
Seketika pandangannya tertancap pada dinding wajah Amira. Kenapa gadis itu tampak semacam?
“Kak Mira, Kak Mira okey ke?”
Tumpuan Amira terkalih. “Okey... okey aje... kenapa?”
“Are you sure?” soal Ezrina masih ragu.
“Ya... Kak Mira okey aje ni... So, let’s get it started!” ucap Amira bersemangat. Konon-konon... Padahal kepala asyik melayang mengenangkan kebarangkalian terserempak dengan Daniel sebentar lagi.
Sejam berlalu tanpa sebarang gangguan. Amira dan Ezrina tekun di meja. Hari ini Ezrina hanya melakukan latihan tubi. Mana-mana yang tidak difahami sahaja akan dijelaskan dengan lebih lanjut oleh Amira.
Ternyata pengetahuan Amira dalam bidang sejarah agak mendalam. Mendengar Amira bercerita mengenai rentetan kemerdekaan negara, lengkap dengan tahun-tahun setiap rentetan yang seakan-akan melekat di kepala membuatkan Ezrina ternganga sebentar.
Bagi Ezrina, Amira pengajar yang ideal. Dia gadis bijak yang terang hati barangkali. Jika tidak masakan setiap perkara mampu diingati tanpa merujuk sebarang buku sekalipun.
Tiba-tiba telinga Amira menangkap suara dari tangga. Gelak tawa yang kedengaran menguatkan lagi telahan itu ialah Daniel. Malah suara Ezroy juga menampar pendengarannya. Amira membatu di situ. Sedikit pun tidak berpaling.
“Hai Erin... rajin study hujung minggu macam ni? Tak keluar ke?” soal Daniel yang sudah mampir ke ruang tamu bersama Ezroy.
“Mestilah kena rajin. Tak lama lagi nak SPM...”
Amira kian gelisah. Terasa panas tubuhnya kala itu.
“Eh, Amira Filzah?!” sapa Daniel sedikit terkejut melihat kehadiran di situ sebaik sahaja jaraknya kian hampir dengan Ezrina.
Amira sekadar tersenyum sumbing. Tak perlulah kau sebut nama penuh aku di sini! Gumamnya dalam hati.
“Aik? Kenal ke?” soal Ezrina memandang wajah Amira dan Daniel silih berganti.
Tiba-tiba Daniel dan Ezroy melabuhkan punggung di sofa membuatkan Amira semakin tidak keruan berada di situ.
“Apa pulak tak kenal. Budak engineering UiTM Shah Alam semua muka familiar. Generasi terbijak masa kini, kamilah tu...” ucap Daniel dengan tawa.
Amira hanya membatu. Aku macam penah dengar aje ayat familiar tu... Cet! Dia perli aku rupanya!
“Contohnya yang ada kat depan kita ni. Serba serbi tahu, beb. Sejarah, fizik, kimia, add maths semua dia pulun. Setakat formula, rumus, prinsip semua tu, sebut pejam mata rilek aje...” sampuk Ezroy dengan niat mengusik dengan tawa yang masih kurang cukup untuk menyakitkan hati Amira yang kental.
“Tahu tak apa... Korang kalau dengar Kak Mira ni cerita salah silah negara Malaysia ni, pehh... Erin jamin mahu berdarah hidung korang dengar. Cikgu sejarah kat sekolah tu pun tak boleh cerita detail macam Kak Mira cerita tahu?” puji Ezrina menaikkan martabat Amira di depan Ezroy dan Daniel.
Amira tersenyum. Riak sebentar.
“Ai, puji lebih-lebih ni ada apa-apa ke, Erin?” soal Daniel dengan sengihan nakal.
“Hei betullah... Cikgu Erin mestilah Erin tahu setakat mana kemampuan dia. Kalau tak percaya, sila bertanya pada tuan badan. Haaa...”
Wah kian riak rasa diri ini. Namun dalam hatinya berdoa supaya lelaki separuh Melayu itu tidak mengemukan sebarang pertanyaan. Tak dia berdarah hidung, aku pulak yang berdarah hidung nak menjawabnya nanti.
“Tak apa, tak apa... budak engine tak perlu diuji. Sebab budak-budak engine memang terbaik!” ujar Daniel bukan main dengan gaya berlagaknya.
Amira buat muka. Malas ingin melayan celoteh mereka yang merapu entah apa-apa.
“Hai... senyap pulak? Biasa, berapi-api mulut...” tegur Ezroy tidak puas ingin mengusik gadis itu. Entah kenapa setiap kali melihat respon Amira yang marah, perasaannya jadi gembira bukan kepalang.
“Ada masa, budak engine cakap bila perlu. Cakap bila perlu bermaksud cakap dengan menggunakan otak tanpa sebarang rapuan-rapuan yang entah apa-apa.” Spontan Amira membidas sambil merenung tepat ke wajah Ezroy. Tidak dihiraukan lagi akan kehadiran Ezrina di situ yang mungkin mampu mengesan kedinginan hubungannya dengan Ezroy.
Ezroy tergamam seketika. Daniel di sebelahnya sudah mengekek ketawa.
“Haa.. tu kan dah berapi-api... baru sekejap tegur,” ucap Daniel dengan tawa yang bersambung-sambung. Lucu mendengar kata-kata Amira menempelak Ezroy dan bertambah-tambah lucu melihat wajah Ezroy bak manusia tertelan kapur barus!
“Budak engine but not engineer okay? I am an engineer now.. Kau tu budak!” bidas Ezroy dengan wajah yang sudah bengot-bengot namun dalam masa yang sama membangga diri.
“What’s the different? You were a former engineering student before. So?” pertikai Ezrina seolah-olah mempertahankan Amira di situ.
Wajah Ezroy jelas tidak berpuas hati.
“And I think an engineer should talk wiser than a ‘budak engine’,” sampuk Amira sambil tersenyum sinis.
Mencerlang mata Ezroy memandang Amira. Sungguh dia sudah terkena dengan kata-kata gadis itu. Ah, mengapa gadis itu ada kata yang lebih menyakitkan darinya?!
“Wait, is second Cold War in progress?” celah Daniel membuatkan suasana antara mereka hening seketika.
P/S: Xpelu bce skrip ni.. Yg amat bosan.. Aku pun ase bosan.. Dari dlu aku dok tgk ayt akhir ni tak kuar2 idea.. Aku tarok sni sbb aku bajet ley dpt idea tp cam sket same je.. Cis! Aku kne seyes sblm editor hambat aku.. Stop blogin sat~ Waktu utk berpikir! Bye kwn2...

30 comments:
Akk.guna nama Atikah macam lagi besh la.
:)
Mesti dapat idea lepas ni.
MUahahahah
malas nak tolong! hahaha~~
wahh . hebat , susah gak nak pikir tulis novel .huhu
akak buat novel lagi ke??rajinnya...good luck!smoga idea mencurah2 ke dalam gandum! ;D
alamak..saya tak suka baca novel..
tapi kalo awak bagi free satu kat saya..saya akan baca!
jalan cerita sangat menarik..rasa nk taw sambungan nye lah..haishhh
NI MCM SKRG GUEH JE...OH CURI ERK...)
teruskan usaha anda. ;)
budak engine uitm sh alam memg kerek kande! yg pasti amira itu kompem cantek! haha
selamat mencari idea..insyAllah ketemu nanti idea..:)
siapkan dulu baru post
baru boleh baca free..
engineer mmg terbaik..
hahaha
penulis novel sudah idle :P
waaahhhh terbaaikkkkk
very talented.....nice liyana...kipidap
sile masukkan nama dill. ahaks
dill.
kalau bagi idea boleh dapat royalti tak ?...hehehe
budak2 sekarang suka speaking ekk
cerpen ke hape.. keh3x..
macam baca novel pula..haha
terernyew dye menulis criter..hebat2.. hope kamu akan jadi pnulis novel yg trkenal nnti..;)
hagaga. malas nak tolong fikirkan hahahahaa
aku ada idea ..tapi jap pikir dulu..
kim salam kat amira hihi
alamak.. dpt bc free nie..
fikir yeop! fikir..
nnt leh publish cepat.. dpt duit cepat!..
leh langgang astro warna.. hahaha
yg tu gurau jer k?
selamat menulis k?
arghhh !! kenapa ku bukan yang pertama....
ending nye kawen tak ?? buat la watak nye nama liyana,ke amira liyana ke kikiki...
true story gittuuuu...
selamat berfikir !!! haha
ingt nk tlg,tp idea pun xde skrg ni.haha.xpe all the best.slmt dpt idea. :D
yesss...long live engine...:D
nanti buat novel ada nama saya boleh ? encik tikusss... kikiki
carik2 idea :D
anda sgt rajin mnulis :)
Post a Comment