nuffnang

Thursday, February 12, 2009

WORDS FOR LUV


Cinta itu seputih dan sedingin salju,
Cinta dan kasihku,
Adalah kurnia kehidupan buatnya,
Cintaku penaka semilir yang mendamaikan,
Cinta yang mengisi ruangan jiwa ini,
Akan terus hidup selama mana aku mampu menghela nafas,
Tidak akan tertumpah pada mana-mana Hawa,
Hanya untuknya..
Namun,
Cinta itu adalah kehidupan,
Dan kehidupan pastinya wajib terisi dengan ujian,
Saat ujian itu hadir,
Hari-hari yang dilewati terasa dihimpit barzakh,
Menyesakkan fikrah dan naluri,
Lalu, kastil kasih yang diimpikan sekadar angan yang samar meniti realiti,
Cinta itu juga bukan selamanya mekar menyeri sekeping hati,
Dan yang paling tentu, kecintaan itu tidak semestinya akan dapat dimiliki,
Kebakalan hanya sekadar kemungkinan,
Seandainya bercinta, kebakalan adalah satu entiti dalam plot sesebuah cinta,
Perancangan manusia tidak diyakini berakhir sentosa,
Kerana sebuah ketentuan hanya dengan izin Ahadiat Yang KHULUK..


Kehadiran cinta itu adakalanya berlaku sekelip mata,
Satu jiwa yang tidak pernah menilai cinta,
Satu sukma yang belum pernah merasai cinta,
Dan satu hati yang tidak pernah sekalipun disentuh cinta,
Pengorbanan merupakan pengisian sebuah percintaan,
Percintaan itu adalah kandungan sebuah kehidupan,
Tidak pernah terdetik hati ini untuk berjalan di lembah cinta,
Jauh sekali untuk menyelami dasar lautan cinta,
Namun kerana satu kehendak-NYA,
Akhirnya, kaki ini mencecah lembah itu,
Lantas berenang di sepanjang dasar itu,
Jika ramai berkata cinta mengorbankan hati,
Hati inilah yang terkorban kerananya,
Dan jika ada yang mengungkap cinta itu menyentuh jiwa,
Jiwa inilah yang tersentuh,
Hadirku untuk menghidupkan benih-benih cinta yang mati,
Menyemi kembali kuntum-kuntum cinta yang melayu,
Biarlah hati dan jiwa ini lebur kerananya,
Demi sebutir benih cinta yang pernah mewarnai satu kehidupan..


Begitu damai saat cinta itu mengisi satu jasad,
Bahagia yang menyelinap persis melayari kehidupan Sang Puteri,
Kerananya, hari-hari yang dilewati sarat dengan keceriaan,
Pintaku, izinkan cinta itu terus berbunga mekar di hati,
Kerana aku tidak mampu menempuh detik kesirnaan cinta itu,
Detik terus berlalu,
Benar, masa itu merubah segalanya,
Apa lagi yang tinggal pada jasad ini tatkala cinta itu direnggut,
Sanubari yang seolah-olah sifar,
Tundukku pada PENCIPTA yang berterusan,
Pinta dan harapan yang tidak pernah berhenti,
Mencari cinta yang semakin menjauh,
Dan semakin sayup meninggalkan hati yang semakin meluntur dengan warna-warnanya,
Cinta padanya tidak akan ada kuburan dalam jiwa ini,
Hanya namanya dalam keabadian sebuah cintaku,
Namun, apa erti menunggu cinta itu pulang sedangkan bayangnya tidak pernah menjengah,
Lalu, haruskah aku menghentikan penantian ini?
Perlukah digapai satu lagi jiwa yang sudi memberi dahan untuk aku berpaut dalam menerajui erti sebuah percintaan dalam pengisian kehidupanku?
Sesungguhnya aku benar-benar tidak tegar,
Kerana aku tiada jiwa buatnya..

Liyana Zahim

2 comments:

Anonymous said...

AKELEH TGU CINTA SAPE..KEKASIH LAMA KE...HMMM,,,SUDAH2 LA...-OREEO-

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.